Percutian Di Sabah (Bahagian Empat)
Pagi ini 26 Oktober 2013 (Jumaat) kami memulakan lawatan pada hari kedua. Sebelum itu pekena roti tampal di Salam Curry House And Catering bersama lain-lain ahli rombongan. Seronok makan bersama-sama seperti satu keluarga yang besar.
Lawatan pertama ialah Borneo Coffee iaitu hanya dua kedai di Sabah yang menjual hasil keluaran kopi Borneo iaitu satu di Kota Kinabalu dan satu lagi di Kundasang. Kami diberi rasa beberapa jenis kopi yang telah dibancuh. Antara kopi yang dijual seperti Tongkat Ali Coffee, Tiramisu Coffee, Durian Coffee, Kelapa Coffee dll. Sempatlah membeli Tiramisu Coffee dan bergambar di luar kedai.
Seterusnya kami singgah di Cocoa Boutique iaitu kedai menjual chocolate. Di sini ada bahagian tertentu boleh diambil gambar dan ada bahagian dlm kedai yg bolehcdiambil gambar.
Destinasi seterusnya menikmati permandangan bandar Kota Kinabalu dari Signal Hill. Jelas kelihatan pulau berhampiran yg selalu dilawati pengunjung seperti Pulau Sapi. Cuma permandangan tidak berapa menarik kerana cuaca sudah mulamenunjukan hari sudah hujan dari laut dan bergerak ke arah darat.
Seterusnya kami dibawa oleh tourist guide iaitu Encik Man ke Aquarium dan Muzium yang terletak dalam kawasan Universiti Sabah. Ada dipamirkan ikan dalam aquarium dan hidupan yang diawetkan. Yang nyata ikan di sini sporting seaktu sesi bergambar ikan siakap (rasaksa) hampir dan posisi mengadap kamera. Seronoknya...
Kami mengerjakan solat zohor terlebih dahulu di masjid negeri. Terdapat beberapa penjaja di kaki lima masjid menjual nasi minyak, dadih, buku agama dsb.
Tepat jam 2 petang kami disambut oleh petigas Mari Mari Cultural Village dengan dihulurkan payung setiap seorang untuk turun dari van ke kaunter tiket memandangkan hujan. Kami menggunakan baju hujan bagi memudahkan pergerakan. Kami dibawa ke lima buah rumah dengan setiap rumah akan ada yang menunggu dengan memakai baju kaum tersebut. Penerangan diberi disusuli dengan demonstrasi seperti menyalakan api dengan menggunakan buluh, selain itu demonstrasi membuat baju daripada kulit kayu, demonstrasi membuat kuih karas, demonstrasi membuat air pandan dll. Akhirnya kami dibawa melihat persembahan kebudaya. Diakhiri dengan penglibatan penonton menari tarian buluh dengan ditunjuk ajar oleh penari. Wah seronoklah pulak. Sesudah itu kami dijamu dengan minum petang spt meehoon goreng, ayam goreng, keledek rebus dan sira pisang. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar bersama Elen dan En Man.
Makan malam tidak jauh dari tempat penginapan kami. Sedap dan menepati selera kami.
Comments
Post a Comment