PERMATA HATI (BAHAGIAN SATU)
Pertama kali berita disampaikan perasaan ini bercampur baur antara gembira dan duka. Spontan rasa resah, gelisah menyelubungi perasaan ini. Satu hari asyik teringatkan berita tersebut. Gembira baginya mungkin itu pengakhiran bagi sebuah perhubungan..tapi bagi diri ini seolah-olah 'permata hati' semakin jauh.
Ya allah syukur alhamdulillah engkau pinjamkan 'permata hati' yang melekakan hamba mu ini buat seketika di kala hamba mu tergapai-gapai keseorangan mengharungi pancaroba kehidupan setelah kehilangan orang-orang tersayang dalam tempoh terdekat. Ada masanya hamba mu ini rasa tidak kuat kerana tekanan sekeliling.
Terima kasih buat 'permata hati' kerana menceriakan hidup ini. Kau berikan ku kebahagiaan. Sinar yang menerangi hidup ini kerana sesungguhnya diri ini kena pasrah dan redha dengan ketentuan ilahi. Tawa dan manja mu mungkinkah akan ku temui di hari-hari mendatang? Sesungguhnya diri ini tidak boleh terlalu mementingkan diri.....
'Permata Hati' andai kau tahu betapa sayangnya diri ini kepada mu. Yang nyatanya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Agaknya inikah perasaan seorang ibu apabila anaknya akan dilamar orang?.....satu perasaan yang tidak pernah ku alami sebelum ini.
'Permata Hati' agar pilihan mu ini tepat. Dari jauh ku doakan kebahagiaanmu. Kegembiraan mu kegembiraan jua bagi diri ini.
Mutiara-mutiara halus membasahi pipi..entah apa lagi yang bersarang di fikiran ini. Harapan dan doa agar 'Permata Hati' ku bahagia.........
Comments
Post a Comment