VIETNAM LAGI (SIRI II)

Hari kedua kawan saya buat hal lagi silap kunci jam untuk solat subuh.  Pukul 4.15 pagi waktu Vietnam saya dan dia dikejutkan dengan bunyi jam untuk solat subuh.  He he sabor je lah weh.  Akhirnya jam 5.15 pagi saya bangun mandi dan menunaikan solat subuh.  Hampir jam 6.00 pagi hari dah cerah.  Di sini awal sejam.

Hari ni kepala terasa pening...aduhai dek kerana lewat tidur dalam kul 12 lebih iaitu jam 1 lebih (pagi) kerana menyiapkan blog VIETNAM LAGI (SIRI 1).  Perlu siapkan juga dibimbangi tertinggal slot-slot atau peristiwa pahit manis.

Pukul 8.00 pagi kami turun ke tingkat 1 untuk bersarapan.  Makanan yang boleh kami makan adalah roti kosong dengan air kopi o atau air suam atau air oren serta buah-buahan. 

Saya, kakak dan abang ipar bergegas ke Ben Thanh Market untuk menukar baju yang dibeli semalam kepada size yang besar sedikit.  Sempat juga kami membeli
beg berharga RM10.00 dan beg manik berharga RM55.00 setelah puas tawar menawar.

Kami kemudiannya balik ke hotel dan turun semula untuk keluar bersiar-siar.  Semasa menunggu kenderaan sampai PERMATA HATI, BUAH HATI dan kakakku sempat berposing bersama oenjual air kelapa.  Malangnya mereka dipaksa beli air kelapa tersebut dengan harga yang agak mahal.  Mahu tak mahu mereka terpaksa bayar.  Rasanya tiada yang percuma di sini.  Nampak mesra tetapi cuba mengambil kesempatan.

Tempat pertama yang kami lawati adalah muzium perang. Di sini dikenakan bayaran RM2.50 seorang. Sungguh sedih melihat penderitaan orang-orang Vietnam selepas peperangan.  Semuanya dapat dilihat melalui foto.  Saya juga berkesempatan melihat tempat untuk mendera, tempat untuk dijatuhkan hukuman bunuh. 

Memandangkan waktu tlh hampir dengan waktu rehat kami diarahkan agar beredar dari kawasan tersebit.  Kami sempat merakamkan pelbagai gambar di bahagian luar iaitu pelbagai model kapalterbang. 

Destinasi kedua ialah melawat Pejabat Pos yang difahamkan telah menjangkau 100 tahun.  Bangunannya dijadikan tempat untuk pelancong melawat dan dalam masa yang sama ianya masih digunakan.  Di sini kami sempat bergambar bersama askar pelancong dsn juga bergambar berlatar belakang Pejabat Pos.  Kelihatan pekerja melayani urusan di kaunter.  Satu situasi baru yang tidak pernah dilihat sebelum ini.  Di sebelah kiri pintu masuk di bahagian dalam didapati beberapa bilik kecil untuk pengunjung membuat panggilan talipon manakala di sebelah kanan pintu masuk di bahagian dalam terdapat beberapa pintu seperti yang sebelah kiri tadi tetapi di sini ditempatkan beberapa mesin ATM.  Kreatif juga..  menghadap bilik untuk membuat panggilan dan bilik mesin ATM diletakkan kerusi panjang untuk pelanggan.  Di ruang tengah pula diletakkan barang jualan seperti postcard dan pelbagai cenderahati.  Di bahagian dalam sedikit diletakkan meja dan kerusi untuk pelanggan menulis.  Saya sangat tertarik dengan keadaan di dalam pejabat pos ini. 

Memandangkan sudah tengahari dan perut pun mula berkeroncong.  Kami menuju ke Green House Restaurant.  Restoran di tingkat atas sekali kebetulan "blackout".. nasib baik bawa lampu picit.  Sebaik tiba di tingkat atas ruang makan bekalan letrik kembali seperti biasa.  Di sini wifi disediakan.  Melalui pengamatan setiap kedai makan menyediakan perkhidmatan wifi.  Jadi tiada masalah sekiranya pengunjung tidak membeli sim card di sini.  Berbalik tentang restoran ini disajikan pengunjung dengan lagu dari Malaysia.  Harganya berpatutan untuk 6 orang makan harganya dalam RM90.00. 

Sebaik menuruni tangga kelihatan ditingkat bawah kain renda dan pelbagai jubah dan kain satin Vietnam.  Kami seterusnya melihat-lihat beberapa kedai di sini dan baru perasan bahawa kami pernah kemari sebelum ini.  PERMATA HATI sempat membelikan saya sepasang baju kurung kuning air bersulamkan manik.  Terima kasih sayang...buat susah-susah aja.

Kami kemudiannya dibawa ke bandar baru Ho Chin Minh.  Di sini kelihatan bangunan baru dengan reka bentuk moden.  Cantik.. seterusnya menyusuri sungai di mana kami pernah menaiki River Cruise.  Teringat kembali detik kami menjerit-jerit sewaktu hendak melintas jalan walau pun ditemani polis kerana ketakutan dengan motor-motor yang begitu banyak di atas jalanraya.

Sempat singgah sebentar di mall dan sesi mengambil gambar. 

Akhirnya oleh kerana masih ada barang yang tidak lengkap dibeli oleh PERMATA HATI mereka singgah sebentar di Ben Thanh Market.  Saya kepenatan hanya menunggu di dalam van sahaja. 
Sekali lagi rakan saya tidak muncul dan yang menjadi mangsa adalah En Sulaiman juga mencarinya.  Kami kembali ke hotel.

Memandangkan tekak pula berasa dahaga.  Saya meminta PERMATA HATI dan BUAH HATI untuk minum di Restoran Pandan.  Sempat perkena roti canai telor dengan air kopi susu ais.  Terangkat....best giler.  Muzik di kedai kedengaran lagu Aku Orang kampung tiada pelajaran ....begitulah liriknya.  Kami ketawa kecil teringat kembali memori di Sungai Mekong si dara menyanyikan lagu ini dengan sebutan pelat dan agak laju....kemudian kami sama-sama menyanyi lagu yang dinyanyikan oleh Anuar Zin iaitu petikan lagu dari cerita Merong Mahawangsa.  Happening sangat sebab tiada sesiapa di situ kecuali kami....

Saya balik ke bilik dan mula mengemas barang-barang yang dibeli manakala yang lainnya pergi berurut kaki seorang dikenakan bayaran RM40.00.

Kami bersembang sambil diselangseli dengan gurau senda. 

Jam 8.30 malam kami keluar makan malam di Restoran Sri Pinang.  Sudah tentu resepi utama adalah telor tauhu.  Sedap tiada di Malaysia.  Semasa perjalanan menuju ke restoran kedengaran bunyi bunga api.  Di sini kemeriahan menyambut hari kemerdekaan masih terasa.  Malam pertama di penuhi dengan acara nyanyian di padang berhampiran Ben Thanh Market.  Kedai-kedai banyak tutp awal.    Dalam perjalanan pulang ke hotel sempat meninjau apa yang perlu dibeli lagi di pasar malam...Malam ini adalah malam kedua dan malan terakhir berada di Vietnam.   Esok saya akan kembali ke negara tercinta.  Jadi ambil kesempatan lagi.

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

Pelayaran 30.3.2019 (Pelayaran Islamik)

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4