MAJLIS TAHLIL 2016

Hasrat hati untuk mengadakan majlis tahlil disuarakan kepada kakak.  Sudah berapa kali majlis ini tertunda namun kali ini saya nekad walau pun lenat belum hilang balik dari percutian.

Setelah tetapkan tarikh sesuai dengan kelapangan Buah Hati dan Adiknya, saya terus menghubungi caterer untuk tempahan nasi arab ayam.  Harga satu kepala RM6.50 termasuk air. 

Saya turut mengundang jiran, rakan di pejabat dan anak-anak tahfiz. 

Sehari sebelum majlis tahlil saya mula mengemas rumah, pendekata hari tu tak menang tangan  dibuatnya.  Daripada menyusun kerusi meja hingga menyusun pinggan mangkuk dan gelas. 

Alhamdulillah kakak dan anaknya yang sulung datang awal dapatlah menolong. 

Pada hari tahlil, Allah sahaja yang tahu apa perasaan saya, seperti biasa macam-macam bermain di fikiran, takut jemputan tidak ramai yang datang, takut kalau ramai datang makanan pula tidak mencukupi.

Dalam pukul 4 katerer sampai menghantar makanan nasi arab dan juga rakan dari Pekan turut sampai menghantar puding raja.  Harga sebekas RM55.00.

Saya dan,lain-lain cepat-cepat menyusun makanan di ruang tamu untuk jemputan lelaki manakala untuk wanita di dapur.

Selesai bab makanan, kini bab menunggu tetamu dan pelajar tahfiz.  Berdebar pula rasa.

Dalam pukul 5 kelihatan pelajar tahfiz mula memasuki kawasan rumah.  Sejuk mata memandang.  Demikian para tetamu yang lain,sampai.  Memandangkan pelajar tahfiz ramai dalam 60 orang membuatkan ruang tamu penuh, maka para tetamu lelaki yang lain mengambil tempat di serambi rumah manakala tetamu wanita di ruang dapur.  Penuh kedua-dua ruang. Alhamdulillah.

Majlis dimulakan.   Saya mula mendekatkan diri dengan ruang lelaki bagi mengikuti tahlil dengan jelas.  Saya berusaha menahan sebak tetapi semakin lama semakin sedih dan hiba. Semakin tidak terkawal menyebabkan saya masuk ke bilik.  Setelah keadaan reda..saya turun ke ruang dapur melayan tetamu makan.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar.  Terima kasih para tetamu merealisasikan hasrat saya melaksanakan majlis tahlil.  Semuga tahlil ini sampai untuk mereka yang telah tiada.

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

Pelayaran 30.3.2019 (Pelayaran Islamik)

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4