YOGYAKARTA HARI KE EMPAT
Hari ini kami bersarapan seperti biasa. 2 kenderaan hotel menunggu untuk menghantar kami ke airport. Bayaran yang dikenakan Rp 150000 bagi satu kenderaan.
Kami sempat meminta pemandu untuk mengambil gambar kami di hadapan hotel penginapan kami sebelum ke airport.
Sampai di airport saya pun mula membaca whatsapp dari Buah Hati langkah-langkah untuk pulang. Pertama kami perlu merancang berat bag dan seimbangkan antara kami. Saya telah check in pergi dan balik secara on line jadi bab ini memang tiada masalah. Cuma dibimbangi berat bag melebihi had yang ditetapkan. Saya pada mulanya pernah bertanyakan di kaunter hotel samada di sediakan timbangan untuk bag, namun jawapan mendukacitakan.
Kebetulan timbangan disediakan berhampiran kaunter luggage. Kami menimbang bag dan mendapati berat keseluruhan melebihi. Jadi redha je lah kalau perlu bayar tambahan. Namun setelah ditimbang di kaunter AirAsia, kami masih ada baki berat luggage dalam 4 kg lagi. Alhamdulillah.
Selesai urusan bag, saya mengikut arahan Buah Hati supaya masuk ke ruangan seterusnya.
Kami masuk ke dalam supaya selesa menunggu. Masuk sahaja kami meletakkan bag galas dan masih sempat membeli belah lagi.
Memandangkan masih ada masa lagi sebelum boarding, saya, Sidah dan kakak menuju ke Coffee Bean yang terletak dalam kawasan menunggu. Relaks dulu sambil pekena minuman panas. 1 almond banana tart, 1 oreo cheese cake, 2 hot choc dan 1 kopi ais semuanya berjumlah Rp243,999 sama dengan RM70.00 lebih kurang.
Nasya turut memesan air cokelat panas..harga dlm RM21.00. Terkejut dia!!! Saya katakan padanya bila lagi, kata kaya duit ada juta-juta rupiah. Tepuk dahi dia. Memandangkan harganya sedemikian, Nasya menghabiskan air tersebut.
Sambil menghirup air sesekali mata saya mencuri memandang keluar memerhatikan kapalterbang berlepas dan mendarat. Cuaca mendung. Risau juga hati ini.
Sampai masa kami memasuki ruang internasional. Kemudian dibenarkan ke pesawat. Saya mendapati posisi tempat duduk sebaris dengan Hanis dan Sidah. Manakala kakak duduk di hadapan sedikit bersama Nasya. Lega hati sekurang-kurangnya ada juga teman dia bersembang dalam pesawat ni nanti.
Setelah pesawat ke udara, mata ni entah mengapa terasa mengantuk. Rupa-rupanya yang lain sama mungkin kerana aktiviti kami sepanjang berada di Yogyakarta, kepenatan kerana banyak berjalan turun naik bukit. Baru nak lena, aroma masakan mula menusuk ke hidung. Semuanya terjaga. Kami mula membeli makanan dan minuman. Terasa laparlah pulak. Saya memesan nasi minyak, ada yang memesan nasi ayam dan lain-lain.
Kami sampai di airport dalam jam 3 lebih.
Kakak mengikut saya sampai ke Salak Tinggi. Dari situ Buah Hati mengambil kakak. Kami berpecah dan membawa hala tuju masing-masing setelah minum petang di kedai minum berhampiran.
Rumusan dari perjalanan ke Yogyakarta:
(a) Semua ahli dalam group lawatan semuanya ok (tiada yang memeningkan kepala)..
(b) Saya menguruskan sendiri dari tempahan tiket dan urusan balik di airport Yogyakarta. Satu pengalaman baru..alhamdulillah dengan kerjasama kakak dan Hanis.
(c) Lawatan ke sini memberi kesedaran dan keinsafan bertapa golongan yang susah perlu melakukan kerja seperti memotong rumput dan menggalas di atas belakang untuk makanan sapi (lembu).
Lagi sedih melihat golongan tua yang melakukan kerja ini. Ada juga menjual tikar dengan cara memikul tikar dan menjualnya di jalanan,
menjual air panas di jalanan dengan berbekalkan flask air panas , gelas plastik dan pelbagai sachet tiga dalam satu, ada yang menjual kerepek dan kuih tempatan, ada yang menjual air mineral (semuanya menjual secara bergerak iaitu berjalan dari satu tempat ke satu tempat) dan ada yang menjadi penyanyi jalanan.
Semuanya kerana untuk sesuap nasi. Semua ini menginsafkan saya bertapa bertuahnya kita di Malaysia.
(d) Pengajaran untuk ke sini adalah dinasihatkan memakai kasut sukan. Inilah hasilnya kasut yang saya pakai sepanjang trip ke sana. Terbelah di bahagian hadapan kerana terkena batu di Merapi. Saya baru sedar setelah sampai di Malaysia.
(e) Lawatan ke Chandi rasanya memadai satu Chandi sahaja sekiranya masa trip terhad iaitu 4 hari kerana di sini banyak tempat menarik dan antaranya jauh dan memakan masa. Lagi pula satu kawasan chandi dikenakan bayaran RM100.00.
(f) Dari pemerhatian saya, semua pemandu / tourist guide atau pun sesiapa jua yang terlibat dengan lokasi perlancungan di sini telah dilatih menjadi photographer yang terbaik. Cantik hasilnya!
(g) Mempelajari serba sedikit kehidupan masyarakat setempat terutama urusan kematian. Memang berbeza sangat.
(h) Binaan bangunan di sini unik. Boleh dikatakan antara tempat kami singgah makan tidak panas dan tiada kipas angin.
(i) Setiap tempat dikenakan bayaran parking. Jadi perlu mengambil kira duit parking bagi setiap tempat yang kita pergi.
(j) Setiap sudut di muka bumi Yogyakarta misalnya di kaki bukit/gunung dijadikan tempat riadah, fotoshoot. Di pantai pun demikian juga apatah lagi sisa dan tinggalan muntah gunung berapi. Dikomersialkan. Apatah lagi di lembah..hemm semuanya ada nilai yang dikomersialkan.
Bagi saya trip kali ini paling best dan memberikan kesan. Semuga perjalanan ini dapat memberikan pengajaran.....
Comments
Post a Comment