Pengalaman menaiki kapal maritim

Pada 12 Mac 2014 terdengar suara-suara nakal mengingatkan kami bahawa ombak kasar jangan nanti orang sibuk mencari MH370 nanti sibuk pula mencari kami..tapi saya cekalkan hati memandangkan arahan supaya ke Tioman bagi mengadiri satu mesyuarat penting bersama pegawai dan beberapa orang lain.
Tepat jam 4 petang, saya menuju ke Endau bersama seorang staf dan memasuki kawasan Terminal Jeti Tg Gemok Endau.  Terdapat beberapa buah bas dan kelihatan ramai orang di Terminal. Setelah  menyelesaikan bayaran parking kereta yang berharga RM10.00 semalaman.  Saya dan staf menuju jeti yang dikhaskan untuk Jabatan Kerajaan.  Begitu teruja menaiki kapal Maritim yang telah dimohon secara rasmi.
Memandangkan kapal berlepas lewat, saya sempat menunaikan solat asar di bilik solat lelaki memandangkan bilik solat wanita dikunci dengan  ditemani seorang staf wanita (bilik ini agak tersorok).
Jam 6 signal dari kapten kapal mengarahkan kami menaiki kapal.
Sempat kami mengambil gambar di deck dan di bahagian berehat di dalam kapal setelah masing-masing memakai life jacket. 
Setibanya kapal tiba di kuala Sungai Endau  saya dapatkan rasakan ombak semakin kuat.  Kami berada di deck memegang kuat tali pada bot kecil yang diletakkan di bahagian sebelah kanan kapal. 
Memandangkan ombak makin terasa kami diarahkan masuk ke ruang rehat bagi menjamin keselamatan kami. Di sinilah bermulanya pengalaman kami yang tidak dapat dilupakan.  Bukannya tidak pernah menaiki feri atau bot atau kapal sebelum ini cuma kali ini situasinya berbeza kerana ombak kuat.  Lazimnya keadaan laut tidak bergelora mulai April.
Sebaik kaki memijak anak tangga menuruni ke ruang rihat di tingkat bawah, hidung mula berbau minyak  Kami mulai duduk dan mencari posisi yang selesa.  Masing-masing mula terasa nak mabuk.
Saya sendiri mengambil beg sandang dan meletakkannya di atas meja seterusnya meletakkan muka pada beg tersebut. Baru terasa kurang goyang dan kurang rasa loya.  Seorang pegawai menyandarkan dirinya terus baring dan tertidur manakala dua staf yang lain duduk sambil memejamkan mata.  Kedua-dua mereka silih berganti ke tandas kerana terasa loya dan muntah.  Saya sendiri terus memejamkan mata namun tidak boleh melelapkan mata kerana terasa bot melanggar ombak.  Terasa juga kesal di hati memilih untuk menaiki kapal ini.  Sesekali terdengar kru kapal turun bagi memastikan keadaan kami.  Terasa begitu lama untuk sampai.
Tiba-tiba terasa kapal mempelahankan kelajuan.  Dalam hati mungkin kapten buat kerja rutin mereka kot...tiba-tiba terdengar suara memberitau kapal tlh sampai ke destinasi kami iaitu Pulau Tioman.  Ya Allah... syukur alhamdulillah kami selamat sampai  Terima kasih kami kepada Kapten kapal dan krew.

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

Pelayaran 30.3.2019 (Pelayaran Islamik)

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4