Perjalanan ke Vietnam (Bhgn III)

Selesai solat subuh jam 5.30 pagi kami sarapan pagi di hotel.  Sementara menunggu makanan sampai, kami ke kafetaria hotel.  Hanya mengambil telor 1/2 masak yang masak sepenuhnya dan roti.  Makanan yang disediakan oleh Agensi adalah nasi lemak bersama kari ayam..sedap.

2.  Dalam perjalanan menuju ke CUCHI TUNNEL kami berlajar beberapa bahasa Vietnam yang simple iaitu :

      Hello.         = Sincau
      Mahal.       = Mak Wa
      Sorry.          = Senloi
      Sedap.        = Ngong
      Tq.                = Kam Eng
      How much  = Bao Nyiew
     
3.  Sepanjang perjalanan dapati bandarayanya luas.  Dipenuhi dengan motor bersama pelbagai jenis helmet. Penjaja menjaja di kaki lima dan di mana sahaja.  Ke luar dari bandaraya jalannya kecil kelihatan sawah padi.  Didapati lot tanah mempunyai keluasan yang sama.  Setelah Helen selesai memberikan penerangan tentang sejarah negaranya kami dihidangkan dengan video hitam putih.  Masing-masing terlena. Perjalanan mengambil masa 1 1/2 jam.

4.  Kami tiba di Cuchi Tunnel dan diberikan tiket masuk.  Perjalanan masuk menuju ke terowong di mana terdapat 2 orang gadis memeriksa tiket manakala dua lagi menampal sticker dibahu.  Begitu ramai pelancung seperti dari Malaysia, Jepun, dari negara barat dll.  Untuk menuju ke sini pun dah mula terasa bahang.

5.  Pelbagai tempat seperti lubang penafasan seperti busut, perangkap buluh runcing,  terowong yang boleh memuatkan seorang untuk masuk, lubang yang boleh memuatkan seorang untuk menyorok dari musuh di atasnya ditaburi dengan daun-daun kering.  Sesiapa yang berminat boleh mencubanya.

6.  Kami bergambar dengan patung vietkong (cara pemakaian).  Sesekali terasa seperti orang betul.  Ditunjukkan juga beberapa perangkap dengan demontrasi oleh petugas yang memakai pakaian tentera vietkong. Juga ditunjukkan perangkap pintu yang diletakkan paku...panjang.

7.  Terdapat di bhgn bawah tanah sekumpulan patung memakai baju bewarna hitam melakukan kerja-kerjs membuat senjata.  Seperti manusia patung ini bergerak melakonkan cara-cara sebenar.

8.  Kemudian kami dibawa ke kawasan menembak. Bagi yang sesiapa yang berminat bolehlah mencuba dengan dikenakan bayaran RM 100.00.

9.  Seterusnya melihat selipar yang digunakan oleh Vietkong.  Cara pemakaiannya agak unik bagi mengelakkan dari dikesan musuh.  Seterusnya bagi yang berminat untuk memasuki terowong boleh berbuat demikian.

10. Akhirnya kami dijamu dengan ubi kayu rebus dicicah dengan kacang dengan minuman teh pandan.  Sedap juga.....

11.  Dalam perjalanan pulang ke bas kami sempat melihat satu bangsal yangmempamirkan bom dan kelongsong askar Amerika.

12.  Kami makan tengahari di Restoran kampung.  Seterusnya solat di masjid Al Rahim. Memandangkan kami bertukar bas yang mana telekong berada di bas  tersebut maka untuk menjimatkan masa kami tekad menggunakan telekong masjid.  Selesai mengambil wudhu. Kami ke tingat dua untuk solat. Satu yang berbeza dengan negara kira Malaysia, telekong tidak  digantung sebaliknya dilipat dan diletakkan dalam sejadah.  Bila dubuka sejadah untuk digunakan ternyata telekong itu macam baru dibasuh.

13.  Kami dibawa melawat Handicapped Handicraft.  Kami diberi penerangan bahawa semua petugas terdiri dari orang kurang upaya.  Sungguh teliti dan halus buatan khususnya dari kulit telor.  Kami dibawa ke bilik jualan.

14.  Lawatan seterusnya ke kedai menjual kain sutera dan cotton.  Kemudian melihat water puppet show.?  Seronok kerana lain  dari yang  lain.  Selepas makan  di hotel kami dibawa menyusuri Sg Saigon.  Wah cantik permandangan. Kami dihidangkan dengan minuman dan buah seperti nenas, dragon fruit, jambu batu, anggur dan rambutan.  Sambil menikmati permandangan kami dihidangkan dengan muzik secara live dan satu pertunjukan silapmata.

15.  Seterusnya balik ke hotel.

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

Pelayaran 30.3.2019 (Pelayaran Islamik)

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4