BERCUTI DI PULAU TIOMAN


Kali ini destinasi percutian saya adalah di Pulau Tioman.  Percutian ini telah lama dirancang.  setelah beberapa kali perbincangan saya bersama ahli keluarga yang lain, Permata Hati memulakan langkahnya dengan melayari internet untuk mencari penginapan kerana sebelum ini penginapan di Tekek iaitu  Pesona telah penuh.  Akhirnya dengan persetujuan semua penginapan di SELESA menjadi pilihan kami.  Ianya adalah kondominium dua bilik dan untuk ke situ melalui BERJAYA RESORT. 

Saya pula membeli tiket di Terminal Feri Tanjung Gemok, Endau.  Harga tiket pergi balik RM70.00.  Senang beli terus.  Memandangkan tiket  jam 11 pagi dah penuh dan saya tidak mempunyai pilihan lain jadi saya membeli tiket jam 6.00 pagi.  Bererti perlu berada di jeti jam 5.30 pagi.  Untuk ke sana dari rumah selewat-lewatnya jam 5.00 pagi.

Kalau se awal itu bererti saya perlu memikirkan menu untuk sarapan pagi kerana rasanya tiada kedai makan buka se awal itu.  Saya juga telah menempah brownies dan tembosa untuk Permata Hati dan Buah Hati.

Sebagai persediaan dalam perjalanan pulang ke rumah saya singgah sebentar untuk membeli bahan-bahan untuk sarapan pagi serta sedikit bekalan. 

Tidak sabar rasanya menunggu kepulangan mereka.....

Setelah mengemas baju untuk dibawa ke Pulau Tioman saya tidur sementara menunggu kepulangan. Lebih kurang pukul 2 lebih mereka sampai.  Setelah menghantar sahabat saya pulang ke rumahnya saya terus menggoreng tembosa, karipap ayam dan ketupat pulut dengan dibantu kakak.  Sekadar mengalas perut.

Kami bergerak ke Terminal Jeti Tg Gemok, Endau tepat jam 5.00 pagi dengan menaiki dua buah kereta.  Di sini ada dua pilihan untuk meletakkan kenderaan (1) Di luar pagar Jeti Terminal (2) Di dalam pagar Jeti terminal.  Bayaran dikenakan bagi sebuah kereta RM20.00.  Setakat ke hari ini meletakan kereta dlm pagar jeti terminal selamat.

Sampai di lobi bayaran parking dijelaskan kepada individu bertugas dengan memberikan no. Kereta.  Bayaran memasuki ke Pulau Tioman dikenakan kadar RM5.00 seorang.  Untuk warga emas RM2.00 seorang.  Pastikan boarding pas diambil setelah mencatat nama dan no. Kad Pengenalan di meja yang disediakan.

Kami menuju ke Balai Berlepas.  Sempat menunaikan solat subuh.  Bilik atau ruang solat tidak disediakan jadi pandai-pandailah cari sudut yang sesuai untuk menunaikan solat.

Sebaik selesai solat kami dipanggil menaiki feri jam 6.00 pagi dan berlepas jam 6.30 pagi.

Sepanjang perjalanan kami tidur.  Jam 8.30 pagi feri menurunkan penumpang di Kg. Genting.  8.50 pagi feri menurunkan penumpang di Kg. Paya.   Tiba-tiba terdengar tangisan budak...dipujuk oleh seorang lelaki dewasa dan beberapa ahli keluarga yang lain.  Budak yang dimaksudkan adalah kanak-kanak istimewa nampak dewasa tetapi perlakuan seperti budak kecil.  Jangan bimbang setiap tempat feri menurunkan penumpang, announcement akan dibuat oleh kakitangan feri. 

Sampai di Tekek jam 9.30 pagi.  Untuk ke mana-mana destinasi ramai orang menawarkan perkhimatan.  Kami  singgah minum di foodcourt sementara menunggu En Ali sampai.  Destinasi pertama kami di sini adalah ke Juara.  Dengan menaiki Hi Lux saya bersama Buah Hati dan Permata Hati duduk di bahagian belakang sekali..pengalaman pertama saya dan anak buah yang tidak dapat di tempat lain rasanya.  Sempat ber 'selfie'.   Di Juara kami dibawa melawat Turtle Sanctuary.   Setelah diberi sedikit penerangan oleh seorang mat salleh yang bolehlah sikit-sikit berbahasa Melayu..kami dibawa melihat Jo yang buta.  Kasihan sangat kerana keseorangan tidak berteman.  Tetapi seronok melihat keletahnya kali ini iaitu seolah-olah hendak bercakap dengan kami...Terdapat satu kolam baru yang lagi luas, bolehlah Jo berenang dengan lebih selesa.  Selesai sesi bergambar di pantai kami menghulurkan sumbangan di tabung yang disediakan. 

Kami seterusnya ke sebuah rumah di Kg Juara untuk merasai keenakkan buah mempelam dodol.  Tetapi malangnya dah habis.  Untuk tidak menghampakan kami makcik Zaharah meminta En Ali mengait mempelam biasa untuk kami.  Penuh satu beg plastik....terima kasih makcik Zaharah bukan kerana dapat buah mempelam free tetapi kerana budi bahasa beliau. 

Kami seterusnya dibawa pula ke air terjun yang terletak di perjalanan pulang.  Menurut En Ali untuk ke air terjun dari jalan hanya mengambil masa 2 minit sahaja.  Kami bertemu dengan seorang wanita dan kemudiannya sepasang suami isteri yang menunjukkan keletihan.  Wow.... agak mencabar untuk ke air terjun tersebut.  Tayar digunakan dijadikan tangga untuk cerun curam.  Seterusnya hampir ke air terjun tali dipasang untuk membolehkan pengunjung memegang samada menuruni atau untuk naik.  Air terjun ini difahamkan adalah dalam kawasan tanah individu tetapi beliau tidak mengenakan sebarang bayaran.  Memang jernih airnya.  Kami tidak mandi sebaliknya seperti biasa mengambil gambar untuk kenangan.  Yang mencabar sewaktu mendaki untuk pulang.  Perlu berhati-hati kerana agak curam.  Sempat bergambar lagi.  Kami ditemani oleh En Ali.

Seterusnya kami dihantar ke tempat penginapan di SELESA KONDOTEL.  Kondo dua bilik ini dilengkapi dengan ruang rehat (kerusi tetamu, meja makan dan tv) ruang rehat menghadap ke laut. Bilik tidur dilengkapi kipas dan aircon, meja solek, almari baju.  Dapur dilengkapi dengan jug elektrik, toaster,  mini peti sejuk, microwave dan periok nasi.  Bilik airnya selesa..

Selepas berehat sebentar kami keluar dan menggunakan khidmat hi lux.  Kali ni pemandunya lepasan SPM.  Budak lagi tetapi cekap memandu.  Dia membawa kami ke Taman Laut.  Selesai membeli roti ikan kami menuju ke jeti Taman Laut dan mencampakkan roti.  Ikan pelbagai jenis dan warna keluar berebut-rebut memakannya.  Sesi bergambar lagi.

Kami singgah sebentar di gerai brrhampiran makan keropok lekor.. sedap.

Seterusnya singgah sebentar di Bank Simpanan Nasional.  Satu-satunya kemudahan yang disediakan.  Di kedai Bebas Cukai yang disediakan kami hanya beli DAIM harga satu bungkus RM23.00.

Memandangkan penginapan kami jauh..kami memutuskan untuk terus makan malam.  Harga di sini dalam RM118.00 (6 orang).

Selesai makan kami balik ke tempat penginapan.  Ingatkan nak berenang di kolam renang tetapi rupanya kolam renang ditutup waktu malam.Balik tidur je lah...

Hari ini kami ke Tekek menggunakan shutter yang disediakan oleh pihak penginapan.  Shutter ini singgah sebentar di Berjaya mengambil menumpang seterusnya menuju ke Tekek dan berhenti di jeti.  Kami menuju ke kedai makan berhampiran sekolah.  Tepat jam 11 pagi kami kembali ke Jeti. Seterusnya menaiki sea taxi untuk ke AirBatang.  Di sini sesi bergambar berlaku di pantai yang berbatu.  Hampir jam  12 tengahari kami kembali ke Tekek.  Menaiki shutter kembali ke Berjaya. Dari situ kami menaiki kenderaan lain ke SELESA dengan dikenakan bayaran RM15.00.  

Sampai terus berkemas dan menaiki kenderaan SELESA yang hanya menghantar kami terus ke jeti tanpa dikenakan sebarang bayaran.  Memandangkan hampir jam 1.20 petang kami terus ke Teminal Jeti Tioman.  Tepat jam 2 petang kami dipanggil untuk menaiki feri.  Aktiviti tidur bermula.  Sampai jeti Tg Gemok jam 4 petang.  Maka berakhir lah percutian kami sekeluarga.  Walau pun singkat sangat bermakna dan berkualiti....

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

Pelayaran 30.3.2019 (Pelayaran Islamik)

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4