RAMADAN DATANG LAGI

Pejam celik pejam celik telah dua kali ramadan saya menyambutnya bersama kakak di Kuala Lumpur setelah pemergian kedua-dua orang yang disayangi.

Tapi Ramadan kali ini agak berbeza kerana menyambut ramadan pertama di Kuala Lumpur. 

Persiapan menghiasi rumah tidak dilupakan walau pun tidak beraya di rumah sendiri tetapi persiapan ini tetap dilakukan sepertimana sebelum pemergian orang-orang yang disayangi.  Cuma dua kali ramadan yang lalu ianya tidak dilakukan kerana ketidak upayaan melakukan dari segi mental..masih dalam kesedihan.  Cuma timbul kesedaran di hati ini kehidupan perlu diteruskan dan perlu membangkitkan semula suasana sepertimana sebelumnya.  Tidak bermakna kesedihan telah luput dari ingatan.  Semakin ramadan hampir semakin aidil fitri hampir semuanya mengumpul banyak kenangan yang tidak mungkin luput dari ingatan.

Langsir raya tahun ini ditukar sekadar membeli yang telah siap.  Warna langsir adalah warna kegemaran arwah kakak iaitu purple... Semoga tiada lagi yang melontarkan soalan langsir raya tidak tukar ke tahun ini?  Soalan yang tersirat...tak apalah hanya yang melalui situasi seperti saya sahaja yang tahu.

Ya allah hamba mu ini bersyukur sesungguhnya kamu mengambil orang yang paling saya sayangi dan menggantikan dengan  satu keluarga yang begitu mengambil berat dan sarat dengan kasih sayang.

Hari pertama berbuka bersama mereka di sebuah restoran berhampiran tempat kerja Permata Hati. Macam berkelah. Makanan dibawa dari rumah telah dimasak oleh kakak manakala saya menyediakan hidangan pencuci mulut iaitu Puding Double Kasih Sayang dengan dibantu Buah Hati.  Seronok sangat berbuka macam ni.  Selesai berbuka kami berpecah untuk menunaikan solat maghrib.

Masjid yang berhampiran adalah
Masjid Wilayah.  Cantik masjid ini.  Saya menaiki escalator untuk mengambil wudhu'.  Hampir-hampir tertinggal cermin mata kerana terlalu teruja.  Seterusnya membeli air mineral botol kecil dengan harga RM1.00 yang disediakan bersebelahan dengan escalator.  Seterusnya menaiki escalator sekali lagi untuk ke Dewan Solat.

Penghawa dingin disediakan di ruangan solat ini tetapi bila dah semakin ramai orang masuk untuk menunaikan solat semakin tidak terasa kedinginannya.

Saya dan kakak mengambil saf di hadapan sekali.  Sempat mengaji sementara menunggu isyak dan solat terawih.  Di sini ramai kenamaan yang datang seperti MB Kedah dan kelihatan juga YM Tengku Adnan Mansor.  Artis seperti Nora dan suami serta anak-anaknya turut kelihatan.

Bezanya ruangan solat di masjid ini dengan masjid di kampung saya ialah tiada dinding memisahkan antara lelaki dan wanita.  Cuma wanita ditempatkan disaf belakang.  Tali sebagai penanda saf antara mislimin dan muslimat.  Di kampung pula tabir menjadi pemisah.  Kelihatan petugas masjid membahagikan gula-gula kepada kanak-kanak yang hadir untuk mengerjakan solat.

Solat terawih di sini laju dan ringkas. 

Sesungguhnya hamba mu bersyukur kerana kakak dan abang ipar sudi membawa ke masjid ini.  Dapat merasai pengalaman solat terawih di tempat orang tanpa mengira bangsa.

Sekembali ke kampung terawih diteruskan di masjid daerah iaitu masjid Tengku Abdullah.  Saat indah yang mendamaikan hati.  Mungkin ini adalah salah satu anugerah allah kepada saya setelah pemergian ibu tercinta yang mana saya tidak berpeluang melakukannya demi menjaganya.  Peluang ini akan saya gunakan sebaik-baiknya insyallah.  Bukan mengeluh tetapi ingin menyatakan bahawa Allah maha adil mengambil sesuatu yang kita sayangi dan menggantikan dengan sesuatu yang lain. Subhanallah!!! 

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

Pelayaran 30.3.2019 (Pelayaran Islamik)

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4