PUDING BISKUT

Bahan-bahan:

1/2 cawan susu pekat
10 keping biskut tawar
2 biji telor

Cara membuat:

Rendam biskut dalam air.
Blend telor dan susu pekat.
Buang air rendaman biskut.
Masukkan biskut tadi ke dalam telor dan susu yang telah di blend tadi.
Blend hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam bekas dan kukus selama 20 minit.

Setelah sejuk simpan dalam peti sejuk.

Peristiwa di sebalik resepi:

Resepi ini diperoleh dari FB -resepi ringkas.  Sungguh mudah membuatnya tambahan saya sedang tercari-cari menu apa yang sesuai untuk dibawa sebagai bekalan untuk berbuka dalam bas nanti.

Terima kasih kepada yang sudi share resepi in memang sungguh ringkas, mudah menyediakannya dan tidak mengambil masa yang lama kerana saya sendiri sempat menyediakan puding ini sebelum berbuka puasa.  Sempat sejukkan dulu puding dan enak dimakan setelah terawih.


Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

Pelayaran 30.3.2019 (Pelayaran Islamik)

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4