UMRAH 2018 - 12.11.2018

Selesai solat subuh kami berjalan ke Hotel Nada Daifa dan bersarapan di situ bersama jemaah yang menginap di situ. Hari ini mutawwif membawa jemaah ke miqat iaitu Tanaim / Masjid Siti Aisyah.  Tanah halal yang terdekat bagi penduduk Mekah.  Lebih kurang 7.5 km dari kota Mekah. Sudah tentu peluang untuk mengerjakan umrah sunat tidak akan kami sia-siakan.  Saya melakukan sendiri umrah Badal untuk allahyarhamah bonda tercinta manakala kakak saya pula mengerjakan umrah badal untuk allahyarham ayahanda.  Mutawwif mengajar kami niat samada untuk sendiri atau niat untuk yang telah meninggal.  Sewaktu saya berniat tetiba sahaja terbit rasa sayu.  Saya berdoa minta-minta umrah badal yang saya lakukan ini sampai kepada allahyarhamah Bonda.
Masjid Siti Aisyah ini dibina sebagai menandakan peristiwa yang berlaku kepada Saidatina Aishah r.a yang meminta izin kepada rasulullah saw untuk menunaikan umrah selepas menunaikan haji.  Rasulullah menyuruh Saidatina Aisyah ke Tanaim untuk berniat umrah. 
Dalam perjalanan ke  Miqat. Di miqat kami diingatkan oleh Mutawwif agar berhati hati dengan barang -barang kami kerana di sini selalu berlaku kecurian.  Kami lantas bergegas ke tandas dan kemudian mengambil wudhu.  Sewaktu mengenakan telekung, kedengaran kakak saya menyatakan ia kehilangan cerminmata.  Kami kembali ke tandas yang ia masuki ternyata tiada.  Kami menunaikan solat sunat tahayul masjid dan solat sunat ihram.  Kemudian kembali semula tandas mencarinya semula setelah dimaklumkan kepada mutawwif.  Saya dan buah hati cuba menenangkan dan mententeramkan kakak saya.  

Mengerjakan Solat sunat tawaf di sini.  

Memandang kaabah teringat akan research yang saya buat sebelum ke mari.  Pembinaan kaabah oleh Nabi Adam as, kemudian dibina semula oleh Nabi Ismail as.

Batu-batu yang digunakan oleh Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail berasal dari 6 bukit iaitu:
(1) Bukit Abu Qubaisy
(2) Bukit Tursina
(3) Bukit Al Quds
(4) Bukit Rahsia
(5) Bukit Warqam
(6) Bukit Uhud

Kaabah dibina semula oleh Quraisy di mana Rasulullah ambil bahagian sebelum menjadi Rasul. Sebelum banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan kerosakan d dinding rosak. Tugas dibahagi kepada empat puak Quraisy.  Rasulullah turut membantu.  Berlaku pertelingkahan.  Abu Umayyah bin Mujurlah al Maklumi (ketua suku tertua di Mekah) mencadangkan lelaki pertama masuk pagar masjid pagi esoknya akan tentukan perkara berkenaan.  Rasulullah saw adalah lelaki berkenaan dan mencadangkan batu hitam diletak di atas sehelai kain. Setiap buku dipegang oleh seorang pemimpin puak.  Kain diangkat ke tempat batu hendak diletakkan.  Rasulullah saw mengambil batu dan letak di tempatnya iaitu di dinding kaabah.  

(KELAMBU KAABAH)
Manakala kelambu kaabah (kain penutup kaabah) digantung dari atap sampai ke kaki kaabah.  Diikat dengan gelanggang tembaga.  Lipatan kiswah dilalui kain putih sebagai tanda kaabah dalam keadaan ihram.
Kiswah di bahagian dalam berwarna hijau (diganti 3 tahun sekali), kiswah bahagian luar warna hitam (diganti setiap tahun)iaitu 9 Zulhijjah ketika seluruh umat islam menunaikan ibadah haji berwukuf di Padang Arafah ( selepas solat subuh ).  Kain atau kelambu melindungi dinding kaabah daripada rosak akibat kekotoran, debu dan panas.  Dipasang sejak zaman Nabi Ismail.

Kiswah pertama dibuat dari kain tenunan berjalur mewarna merah, kemudian putih, hijau dan kuning.  Akhirnya ditetapkan warna hitam.

Dahulu kiswah dibuat dari sutera hitam dari Mesir (zaman Sultan Sulaiman tahun 950an hingga Muhammad Ali Pasha sekitar akhir tahun 1920an).  Ia dihantar ke Mekah melalui jalan darat menggunakan tandu.  Kelewatan kiswah menyebabkan Raja Ibnu Saud membuat keputusan untuk menghasilkan sendiri dengan mendirikan kilang di Kg. Jiyad, Mekah. 

Untuk menghasilkan kiswah setiap tahun satu kiswah (8-9 bulan) terdiri dari:
120 kg benang emas tulen
120 kg benang perak
670 kg sutera

Kalimah / ayat:
Syahadah
Surah Al Imran ayat 96
Surah Al Baqarah ayat 144
Surah Al Fatihah
Surah Al Ikhlas

(MAKAM IBRAHIM)
Binaannya mengandungi batu hampir kecil.  Satu biji batu yang diturunkan Allah dari syurga bersama batu-batu kecil lain terdapat di Hajar Aswad.  Di atas batu ini, Nabi Ibrahim pernah berdiri sewaktu Baginda membangunkan kaabah di samping puteranya Nabi Ismail a yang menghulurkan bongkak batu kepadanya.  Bekas tapak kaki ditutup dengan perak.  Batu tempat baginda berdiri ini boleh naik dan turun semasa baginda menyusun bongkak batu.  Menurut Imam Hasan Al Basri dan ulama tersohor, berdoa di belakang Maqam Ibrahim doanya akan dimakbulkan Allah.  Semasa pembukaan Mekah. Rasulullah saw memindahkan batu tersebut dari lokasi asal berdekatan kaabah untuk memudahkan jemaah Haji tawaf dan solat di belakangnya.

(HAJARUL ASWAD)
Berasal dari batu Ribu syurga.  Terletak di sudut mulanya tawaf.  Berdiri dari 8 ketul batu yang terkumpulterkumpul.  Pernah teruk urusan dalam pasir beberapa lama dan secara ajaib ditemui Nabi Ismail as.ketika berusaha mendapatkan batu tambah untuk membina kaabah yang hampir siap.  Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail membawa tawaf tujuh kali sebelum diletakkan di tempat sedia ada.

Pada musim haji tahun 317 H, ketika itu dunia islam amat lemah.  Abu Tahir Al Quraish (ketua suku di Kariah Arab bahagian timur) datang merampas Hajatul Aswad dengan tentera 700 orang bersenjata menceroboh kaabah serta mencungkil dan merampas membawa lari ke negaranya terletak dekat Teluk Parsi.  Batu ini.dikembalikan setelah ditebus sebanyak 30000 dinar emas oleh Khalifah Abbasiyah.


Menaiki scooter elektrik untuk Sai'e.  Bayaran dikenakan 50 riyal seorang.   Masyaallah, sepanjang kami mengerjakan sai'e, kakak saya dapat membaca doa sepanjang saya dan marwah tanpa menggunakan cerminmata..masyaallah itulah satu kebesaran Allah..

Sedikit penceritaan tentang bukit Sofa.  Ia adalah tempat permulaan Sai'e.  Banyak peristiwa berlaku:
-Dakwah Rasulullah saw secara berterus terang setelah berdakwah secara sembunyi selama tiga tahun.
-Quraisy meminta Rasulullah saw supaya Bukit Sofa menjadi emas baru mereka akan beriman. Rasulullah saw memilih agar dibuka pintu taubat dan rahmat.  Surah Isra' ayat 59.
-Abu Jahal menyakiti, mencerca serta memukul kepala Rasulullah saw dengan batu hingga luka dan berdarah.  Hamzah bin Abdul Mutalib (bapa saudara Rasulullah saw,) memukul Abu Jahal dengan unsur panah hingga luka.
-Tempat pertemuan antara pimpinan tentera selepas menawan kota Mekah.
-Selepas melakukan tawaf, Rasulullah saw telah naik Bukit Sofa menghadap kaabah memuji serta berdoa.
-Rasulullah saw telah isytihar keamanan kepada penduduk Mekah.
-Orang-orang yang pernah menyakiti Rasulullah saw dan mengeluarkannya dari Mekah telah berkumpul di sekeliling baginda untuk memberi Baiah janji setia beriman kepada Allah.
-Tempat keluarnya Sabah (binatang ganjil dari bumi) yang bertutur dengan bahAsa manusia. 

Sebelah petang melalui kedai 3 riyal.  Saya pernah ke sini dan keadaannya masih seperti  dahulu, ramai pengunjung.  Kedai ini mengingatkan saya laluan dari hotel ke Masjid sewaktu mengerjakan umrah tahun 2013.  Rupa-rupanya bangunan ini terletak di Safwa Tower. 


Malam ini kami mengerjakan tawaf sunat.  Kata Mutawwif jangan paksa diri.  Sebab sebelah siang tadi kami telah melakukan umrah.  

Selesai tawaf sunat kami bergegas balik ke hotel.  Bersiap-siap untuk makan malam bersama Mutawwif.  Hasrat kakak untuk belanja mereka makan atas layanan mereka yang baik selama kami berada di sini.  Mereka menunggu kami di perkarangan hotel.  Sempat kami bergambar sebagai kenang-kenangan di perkarangan hotel berlatarbelakangkan Masjidil Haram.

Kami menaiki dua buah kenderaan iaitu kereta sewa yang boleh diperolehi di laluan bawah Masjidil Haram.  Tertanya tanya juga di dalam hati kemana agaknya mereka bawa kami berlima?

Oh rupanya mereka bawa kami ke Restoran Turki.  Hidangan diletakkan di atas plastik sebagai alas.  Pertama kali makan cara macam ini.  Dalam satu hidangan boleh makan lebih dari empat hingga enam orang, sebab kami bukan jenis kuat makan. Berselera kami lihat Mutawwif makan sambil bersembang dalam bahasa Arab sesama mereka. Kami turut dihidangkan dengan minuman air tebu dibawa oleh Ustaz Asraf.  Sedap!! Akhirnya dapat juga kami merasa air tebu di sini.



Sebaik selesai, kami ke kaunter  untuk membuat  bayaran namun dimaklumkan ianya telah dijelaskan.  Alhamdullilah rezeki! Terbalik pula jadinya, Mutawwif yang belanja kami.  Kami kemudian dihantar balik dengan menaiki teksi dan salah seorang Mutawwif mengiringi kami sampai ke perkarangan hotel.




Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

Pelayaran 30.3.2019 (Pelayaran Islamik)

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4