UMRAH 2018 - 14.11.2018
Hari ini kami ziarah luar iaitu ke Muzium Haramain. Penerangan diberikan oleh mutawwif.
Di bawah adalah sebahagian artifak yang sempat saya ambil.
Replika Masjidil Haram apabila siap sepenuhnya nanti.
Pancur emas
Kain kiswah di Pintu kaabah. Kain ini dibuat di Mesir, India dan Mekah. Ianya akan ditukar setahun sekali pada 9 Zulhijjah ketika para haji keluar ke Arafah untuk wukuf atau 1 Muharam.
Replika Masjid Nabawi
Perigi air zam zam
Saya, kakak dan anak saudara sempat bergambar.
Gambar kami jemaah Wira Saujana
Destinasi seterusnya Hudaibiyyah. Masjid Hudaibiyyah terletak 26 kilometer dari kota Mekah dan bersempadan dengan tanah haram. Ia adalah salah satu lokasi miqat.
Rasulullah saw bermimpi pergi ke Masjidil Haram bersama para sahabat dengan aman dan tanpa gangguan kaum quraisy. Melalui mimpi nya turun surah Al Fath ayat 27. Rasulullah saw mengarahkan kaum Muhajirin dan Ansar bersiap sedia ke Mekah untuk menunaikan umrah. Semasa menghampiri Hudaibiyyah, rombongan baginda seramai 1500 orang dihalang. Uthman bin Affan telah dihantar sebagai wakil bagi menerangkan tujuan mereka. Perjanjian taat setia para sahabat dengan Rasulullah saw dilakukan di bawah pokok di tepi telaga. Perjanjian ini dikenali "Baiah Al Ridhwan" - Surah Al Fath ayat 10 dan 18.
Baiah telah sampai ke pengetahuan Quraisy. Mereka memulangkan Uthman bin Affan dan menghantar Suhaili bin Amri untuk berunding dengan Rasulullah saw. Syarat yang ditetapkan Quraisy berat sebelah. Walau bagaimanapun, rasulullah saw bersetuju. Antara isi perjanjian:
1. Gencatan senjata selama 10 tahun
2. Kabilah Arab boleh memilih untuk memihak samada orang Islam Madinah atau Quraisy Mekah
3. Orang Madinah pergi ke Mekah tanpa kebenaran menjaganya tidak perlu dipulangkan.
4. Orang Mekah ke Madinah tanpa kebenaran penjaga nya perlu dipulangkan.
5. Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya.
Perjanjian ini hanya bertahan selama dua tahun sahaja. Orang Quraisy sengaja melanggar isi perjanjian. Rasulullah saw menghantar tentera ke Mekah.
Ini adalah sisa runtuhan bangunan asal.
Sempat kami menunaikan solat sunat ihram dan berniat ihram di sini.
Saya, kakak dan buah hati menunaikan solat zohor berhampiran tempat mengambil wudhu wanita di Pintu masuk ke Sai'e. Sebaik sahaja selesai solat, kami bergegas untuk mengerjakan sai'e untuk umrah Badal.
Lega rasanya setelah selesai. Umrah kali ini disertai seorang jemaah wanita yang menyatakan hasratnya untuk mengikuti kami.
Comments
Post a Comment