PUDING KASTAD JAGUNG
Hari ni tekak terasa nak makan puding. Selalunya puding ni diberikan oleh seseorang. Bahan-bahan: 800 ml susu segar / santan 200 ml jagung dalam tin 150 gm gula 130 gm tepung kastad Cara membuat: 1/2 daripada susu segar/santan diblend dengan jagung dalam tin. 1/2 lagi baki susu segar / santan dicampur dengan tepung kastad. Kacau hingga sebati. Campur kedua-duanya diatas. Masukan gula . Kacau. Kacau di atas api hingga pekat dan berkilat. Angkat dan,masukkan ke dalam bekas. Sejukan. Resepi ini saya perolehi dari rakan fb. Terima kasih kerana sudi share.