Posts

Showing posts from April, 2015

PERCUTIAN BERMAKNA (BUKIT GAMBANG RESORT)

Image
Sebelum memulakan perjalanan kami singgah sebentar di kedai Pak Ngah Mak Ngah di Sungai Puteri, Mukim Rompin.  Kalau di Kuala Rompin kedainya terkenal dengan nasi dagang.  Kedai ini sekarang diusahakan oleh anak-anak dan menantu Pak Teh dan Mak Teh.   Seronok makan dengan keluarga begini.  Masing-masing dengan citarasa sendiri.  Ada yang minta nasi lemak berlaukkan lauk nasi dagang dan ada yang makan nasi dagang.  Selesai sahaja kami meneruskan perjalanan kami menuju ke Kuantan. Singgah sebentar di Muzium Sultan Abu Bakar Pekan.  Sekadar sesi fotografi sahaja.  Setelah selesai kami  menyambung perjalanan menuju ke Bukit Gambang Resort.  lokasinya terletak lebih kurang 35 km dari bandar Kuantan.  Sesampai sahaja kami terus mencari penginapan Arabian Bay Resort.  Kami memilih family deluxe yang harganya RM400.00  semalam.  Segala urusan pendaftaran diurus oleh PERMATA HATI.  Setelah selesai urusan check in dan selesaikan kewajiban terhadap yang satu kami bergegas ke lobby menunggu tra

MAJLIS TAHLIL

Image
Sebenarnya majlis tahlil ini sepatutnya diadakan pada bulan Januari 2015 tetapi memandangkan PERMATA HATI melakukan persiapan perkahwinan, maka majlis tahlil ditunda ke satu tarikh lain yang sesuai.  Namun tiada siapa yang tahu rahsia allah, abang kesayangan ku telah meninggal dunia.  Setelah berbincang dengan kakak kesayangan ku, abang ipar dan PERMATA HATI tarikh yang sesuai untuk diadakan majlis tahlil serta majlis doa selamat (sahabat ku yang akan menunaikan ibadah umrah), maka segala persiapan diatur dari menempah makanan, menjemput rakan sekerja dan saudara mara. Allah jua menggerakkan hati ini agar menjemput anak-anak tahfiz seramai 40 orang.  Dengan izinnya menantu sahabat ku menjadi wakil menjemput serta menempah bas untuk memudahkan anak-anak tahfiz ke rumah ku serta mengadakan perbincangan dengan ustaz anak-anak tahfiz bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Hendak dijadikan cerita pada hari yang sama turut diadakan majlis tahlil untuk allahyarham Datuk Seri Jam