Posts

Showing posts from September, 2016

CHIANGMAI, THAILAND

Image
Persediaan  demi persediaan dibuat untuk ke sana.   Akhirnya saya Dan warga kerja Pejabat Daerah Dan Tanah menaiki bas yang menunggu kami di perkarangan pejabat.  Saya mengambil tempat di tingkat bawah.   Inilah pertama kali saya menaiki bas dua tingkat dilengkapi wifi pulak tu.   Cuma bezanya penglihatan atau pemandangan di luar kurang jelas kerana kerusinya agak rendah dari tingkap bas.  Sempat kami merakamkan gambar kenangan kami di tingkat bawah sebelum bas bergerak jam 9 malam. Bas singgah di Melang,  Seremban kerana ramai yang tidak sempat makan malam.  Saya dan beberapa orang tidak keluar dari bas kerana masih kenyang.  Kami meneruskan aktiviti tidur. Sampai di KLIA2 lebih kurang jam 2.00 pagi.   Saya memaklumkan ketibaan kami kepada pihak Agensi Pelancungan.   Saya dan, yang lain-lain diminta berkumpul di Bibik Heritage Restaurant jam 4.30 pagi.   Jadi kami masih ada masa beberapa jam lagi di sini. Saya dan yang lain mula meneroka kedai-kedai di sini.   Akhir