CHIANGMAI, THAILAND

Persediaan demi persediaan dibuat untuk ke sana.   Akhirnya saya Dan warga kerja Pejabat Daerah Dan Tanah menaiki bas yang menunggu kami di perkarangan pejabat.  Saya mengambil tempat di tingkat bawah.   Inilah pertama kali saya menaiki bas dua tingkat dilengkapi wifi pulak tu.   Cuma bezanya penglihatan atau pemandangan di luar kurang jelas kerana kerusinya agak rendah dari tingkap bas.  Sempat kami merakamkan gambar kenangan kami di tingkat bawah sebelum bas bergerak jam 9 malam.


Bas singgah di Melang,  Seremban kerana ramai yang tidak sempat makan malam.  Saya dan beberapa orang tidak keluar dari bas kerana masih kenyang.  Kami meneruskan aktiviti tidur.
Sampai di KLIA2 lebih kurang jam 2.00 pagi.   Saya memaklumkan ketibaan kami kepada pihak Agensi Pelancungan.   Saya dan, yang lain-lain diminta berkumpul di Bibik Heritage Restaurant jam 4.30 pagi.   Jadi kami masih ada masa beberapa jam lagi di sini.

Saya dan yang lain mula meneroka kedai-kedai di sini.   Akhirnya mengalas perut kami dengan memakan fish and chip.  Perut mula meragam sebu dan sebagainya.   Saya ke farmasi membeli ubat dan terus mengambil ubat kunyah.   Alhamdulillah lega rasanya.  Jam 4.30 lagi wakil Agency Pelancungan mula membuat panggilan.   Saya dan yang lain-lain diberi taklimat ringkas dan diberikan bag,  pamplet dan tagging bag.   Masing-masing sebok meletakkan tagging pada bag luggage.  Tidak seperti Agency Pelancungan sebelum ini,  saya dan yang lain-lain perlu menguruskan check in sendiri.   Setelah selesai check in kami masuk dan melalui dua pemeriksaan.   Sempat solat subuh di surau yang berhampiran dengan gate.






Kami boarding jam 6.55 pagi.   Cuaca pulak hujan.  Cuak juga rasa. Dalam pesawat kami dihidangkan dengan sarapan pagi nasi lemak.   Nasi macam mantah.... Saya lantas menolak makanan.  Melihat keluar tingkap saya dapat melihat awan tebal.   Pengumuman dibuat agar anak kapal kembali ke tempat duduk dan tiada siapa dibenarkan meninggalkan tempat duduk. 
Takutnya hati hanya Allah yang tahu.   Awan berkumpul tebal dan dalam bentuk yang besar. Terasa gegaran sewaktu kapalterbang melaluinya untuk mendarat.




Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4