Posts

Showing posts from March, 2016

Kenanga

Image
Kenanga Wholesale Centre atau nama singkatnya KMC terletak di kawasan Pudu tidak jauh dari penjara Pudu.  Pertama Kali saya dengar tentang pusat membeli belah ini dari arwah kakak saya yang mengetahuinya dari anaknya.  Masa ITU saya Langsung tidak kisah. Tetapi sejak selalu berulang ke Kuala Lumpur dan antara tempat yang selalu dibawa oleh arwah abang ipar, kakak, Permata Hati dan Buah Hati adalah salah satunya KWC.  Kali pertama menjejakkan kaki ke sini bersama Nourish, kakak dan Buah Hati tetapi masa tu KWC tutup pukul 10.00 malam.  Saya melihat-lihat sahaja orang kata window shopping .  Sekarang diawalkan tutup jam 8.00 malam. Ada beberapa tingkat di sini.  Kemudahan yang disediakan di  lift dan escalator. Perkhidmatan teksi pun mudah. Setiap aras diletakkan petunjuk aras ke berapa dan jenis jualan bagi memudahkan pelanggan.  Rasanya kalau setiap aras dan ruang hendak ditinjau mak ai tak larat... Di sini pelbagai jualan seperti baju, kasut, perfume, tudung, baju kanak-kanak, ba

TBS

Image
Teringat pertama Kali saya menaiki Bas untuk ke Kuala Lumpur saya begitu berdebar-debar maklumlah saya sudah agak begitu lama tidak menaiki Bas apatah Lagi secara bersaorangan.  Pelbagai rasa bercampur baur macamana keadaan di dalam Bas, berhenti di mana, sampai nanti di mana nak dituju.  Bermacam-macam perkara bermain di kepala. Melangkah je kaki ke dalam Bas saya seperti terpegun..wah bukan macam Bas dulu-dulu ADA tv tetapi sebaliknya macam dalam kapal terbang di mana setiap kerusi penumpang ADA screen untuk dilayari.  Pelbagai cerita dihidangkan atas selera masing-masing. Lazimnya saya memilih untuk tidur sahaja memandangkan waktu perjalanan yang saya pilih adalah malam.  Dalam perjalanan hanya satu tempat Bas berhenti selama setengah jam iaitu berhampiran Keratong Dua atau adakala di Baru Kikir. Adakala juga kalau perjalanan balik pemandu hanya berhenti selama 10 minit sahaja di stesen minyak Petronas.  Tidak selalu mengalaminya tetapi pihak berkenaan kena ambil maklum Dan perh