Posts

Showing posts from November, 2013

Puding Buih

Image
Bahan-bahan: 1 paket agar-agar 37.5  gram 1/2 cawan gula 2 biji merah telor 5 biji putih telor 6 gelas air Cara-cara membuat: Masak agar-agar bersama air hingga agar-agar larut. Putar putih telur hingga naik. Masukkan merah telor satu persatu. Masukkan gula dan esen vanila. Masukkan agar-agar tadi yang telah suam sedikit demi sedikit.  Putar hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan ke dalam peti sejuk. Untuk kuah: 3 biji merah telor 4 tin susu cair 1 sudu makan  custard Gula secukup rasa Cara membuat: Masukkan kesemua bahan ke dalam satu bekas. Masak hingga mendidih Sejukkan. Cerita disebalik resepi ini: Arwah ibu selalu membuat puding ini.  Beliau tidak kedekut memberi resepi kepada orang lain.  Teringat beliau memberikan resepi dan cara membuatnya kepada seorang cikgu India jiran sebelah rumah semasa kami menetap di Temerloh, Pahang -Bukit Angin.  Mereka bertukar-tukar resepi.  Arwah emak belajar pula buat maruku dengan cikgu tersebut.  Terasa semang

Agar-Agar Kacang Kenduri

Image
Bahan-bahan: 5 gelas air 1 paket agar-agar 2 gelas santan Gula secukup rasa 1/2 cawan serbuk kacang hijau Cara membuat: Masak agar-agar bersama air hingga mendidih Masukkan santan dan gula Masukkan serbuk kacang hijau Masak sampai mendidih Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan Cerita disebalik resepi ini: Resepi ini diperolehi daripada Kak Tik (kakak ipar arwah Kak Zee) sewaktu Hari Raya beberapa tahun yang lalu.  Baru hari ini berkesempatan mencubanya.  Beliau menetap di Segamat, Johor dan sering menerima tempahan kuih termasuk kek buah kukus dan sebagainya.. Tiba-tiba teringatkan resepi ini.   Bawa ke kenduri persaraan anak saudara di Sepakat. Alhamdulillah menjadi. 

Resepi kedua (Puding Agar-Agar Roti)

Image
Bahan-bahan: 1 paket agar-agar (10 gram) 2 1/2 gelas air 2 keping roti 1/2 gelas susu cair Gula 2 biji telor Cara membuat: Masak agar-agar bersama air, masukkan gula masak hingga gula larut. Blend susu cair, roti  dan telor. Masukkan ke dalam agar-agar tadi.  Masak. Bahagikan adunan kepada dua bahagian (2 warna berlainan).  Masukkan ke dalam bekas secara berselang seli warna hingga habis. Sejukkan. Resepi ini diperolehi dari rakan FB.  Dimasak mengatasi stress kerana perlu menghabiskan tugas penting sewaktu cuti peristiwa 4 November 2013. 

Percutian Di Sabah (Bahagian Enam)

Tiba di Rompin jam 5.00 petang.  Alhamdulillah.  Terima kasih kepada Wan Chik's family kerana sudi mengikuti percutian ini dan melalui saat manis di sana bersama.  Terima kasih juga kepada Lydia yang bersusah payah mengurus tempat penginapan (walau pun dimarahi oleh pemilik apartment kerana berlaku sedikit salah faham) harap-harap tidak serik.  Terima kasih juga kepada Epol kerana membawa kami makan di tempat makan (seafood) yang sedap.  Tidak ketinggalan Baha sekeluarga (anak anda menceriakan kami), Nasya, seronok nampak di Mari-Mari mentang-mentang di situ ada awek cun..terima kasih kerana sanggup menemani sewaktu membeli belah di pasar Philiphina.  Keletah lawak spontan di airport KK mencuit hati.  Faridah kenalan rapat yang sentiasa lewat dalam setiap aktiviti yang diadakan turut menggamit memori indah selama 4 hari berada di Sabah. 

Percutian DiSabah (bahagian lima)

Image
Hari ini hari terakhir berada d bumi Sabah.  rasanya banyak lagi tempat yang belum dilawati dan diterokai.  Tetapi pengalaman selama dua hari di sini sangat bermakna sekali.  Kami dibawa ke Pasar Philiphina, sebelum shopping di situ kami mengalas perut terlebih dahulu di Restoren MARS yang terletak bersebelahan jalan.  Majoriti makan roti canai. Setelah kenyang kami mula berpecah meninjau apa yang perlu dibeli sebagai buah tangan untuk kenalan mahupun keluarga.   Kraftangan di sini lebih kurang sama seperti tempat yg dilawati sebelum ini.  Ada kain pelekat basah,  beg manik, keychain, t shirt, mutiara (rantai tangan, rantai, cincin, tasbih dll) yang harganya dari Rm20.00 hingga mencecah ribuan ringgit).  Terdapat juga kristal tetapi lagi cantik di Sarawak.  Bersebelahan dengan pasar ini terdapat satu lagi pasar yang menjual hasil laut seperti udang jering, ikan terubuk masin dll. Kami seterusnya bergegas balik ke apartment untuk check out.  Lokasi seterusnya makan tengahari di panta