Percutian DiSabah (bahagian lima)

Hari ini hari terakhir berada d bumi Sabah.  rasanya banyak lagi tempat yang belum dilawati dan diterokai.  Tetapi pengalaman selama dua hari di sini sangat bermakna sekali.  Kami dibawa ke Pasar Philiphina, sebelum shopping di situ kami mengalas perut terlebih dahulu di Restoren MARS yang terletak bersebelahan jalan.  Majoriti makan roti canai.
Setelah kenyang kami mula berpecah meninjau apa yang perlu dibeli sebagai buah tangan untuk kenalan mahupun keluarga.   Kraftangan di sini lebih kurang sama seperti tempat yg dilawati sebelum ini.  Ada kain pelekat basah,  beg manik, keychain, t shirt, mutiara (rantai tangan, rantai, cincin, tasbih dll) yang harganya dari Rm20.00 hingga mencecah ribuan ringgit).  Terdapat juga kristal tetapi lagi cantik di Sarawak.  Bersebelahan dengan pasar ini terdapat satu lagi pasar yang menjual hasil laut seperti udang jering, ikan terubuk masin dll.
Kami seterusnya bergegas balik ke apartment untuk check out. 
Lokasi seterusnya makan tengahari di pantai Tanjung Aru.  Harga di sini agak mahal sedikit dari bandar KK.  Antara kemudahan yang disediakan di sini seperti tempat solat, perahu layar dll.  Permandangan di sini biasa-biasa je...
Kami mengambil kesempatan bergambar di beberapa lokasi. 
Seterusnya ke airport yang hanya terletak bersebelahan.
Memandangkan flight pukul 7.00 petg kami sempat solat maghrib dan isyak (jamak / qasar).  Selesai solat terdengar pengumuman pd jam 6.20 petg minta penumpang menaiki kapal terbang utk ke KL.
Makan malam dalam kapal terbang sudah tidak menyelerakan kerana tekak sudah mula menunjukkan tanda-tanda selsema akan melanda.
Kami selamat sampai di LCCT jam 9.00 malam dan berpecah membawa haluan masing-masing. Kami menginap di budget hotel yang terletak di Cheras.  Terima kasih kepada Dr bersama isteri yg melayani kami dgn baik sekali..

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4