Posts

Showing posts from April, 2020

BUAH MELAKA

Image
Atas permintaan anak saudara untuk menyediakan menu Buah Melaka sebagai salah satu hidangan berbuka puasa memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan tiada Bazar Ramadan dibenarkan.  Alhamdulillah kami perolehi resepi dari fb iaitu Kongsi Reseoi Berbuka dan Sahur 2020.  Terima kasih Tok Umi Zaharah. Resepi: Tepung pulut 2 cawan Tepung gandum 2 sudu besar Air 1 cawan Daun pandan Gula kerek/melaka/nisan Sedikit garam Kelapa parut Cara membuat: Masukkan tepung pulut dalam bekas bersama tepung gandum. Masukkan air pandan yang telah di blend sedikit-sedikit sehingga adunan tadi boleh di cubit dan dibulatkan kecil. Masukkan gula kerek di dalam adunan yang telah dibuat bulat kecil. Kemudian dimasukkan ke dalam air yang telah dididih dan angkat apabila ia timbul. Golekkan di atas kelapa parut.