Posts

Showing posts from July, 2018

JAKARTA HARI KETIGA 2018

Image
Pagi pagi lagi kami turun ke shopping mall..Hari ini baru jelas melihat jualan berbanding semalam. Sempatlah kami membeli sehelai dua. Kami ke shopping mall (lupa namanya) dengan menaiki teksi.  Tidak lama di sini kerana kami perlu mengemas bagasi kami. Dalam jam 5.00 petang kami menaiki teksi ke airport.  Kami berbuka puasa di dalam teksi dengan meminum air sahaja.  Pemandu teksi memaklumkan kepada kami untuk berbuka. Sampai sahaja ke airport, kami menunaikan solat maghrib dan isya di surau airport seterusnya check in bagasi.  Kami makan di kafetaria berhampiran dan terus bergegas untuk check in. Sesungguhnya perjalanan kali ini di bulan ramadhan merupakan pengalaman baharu bagi saya.  Walau  pun agak penat tetapi seronok. Terima kasih kepada buah hati @opie sofia menemani saya dan kakak ke sana