Posts

Showing posts from October, 2013

Percutian Di Sabah (Bahagian Empat)

Image
Pagi ini 26 Oktober 2013 (Jumaat) kami memulakan lawatan pada hari kedua.  Sebelum itu pekena roti tampal di Salam Curry House And Catering bersama lain-lain ahli rombongan.  Seronok makan bersama-sama seperti satu keluarga yang besar. Lawatan pertama ialah Borneo Coffee iaitu hanya dua kedai di Sabah yang menjual hasil keluaran kopi Borneo iaitu satu di Kota Kinabalu dan satu lagi di Kundasang.  Kami diberi rasa beberapa jenis kopi yang telah dibancuh.  Antara kopi yang dijual seperti Tongkat Ali Coffee, Tiramisu Coffee, Durian Coffee, Kelapa Coffee dll.  Sempatlah membeli Tiramisu Coffee dan bergambar di luar kedai. Seterusnya kami singgah di Cocoa Boutique iaitu kedai menjual chocolate.  Di sini ada bahagian tertentu boleh diambil gambar dan ada bahagian dlm kedai yg bolehcdiambil gambar. Destinasi seterusnya menikmati permandangan bandar Kota Kinabalu dari Signal Hill.  Jelas kelihatan pulau berhampiran yg selalu dilawati pengunjung seperti Pulau Sapi.   Cuma permandangan tidak

Percutian di Sabah(Bahagian tiga)

Image
Hari ini bersiap jam 7.00 pagi. Minum pagi di Putra Jaya.  Agak berbeza cara pesanan makanan, setelah dibuat pesanan, petugas di restoran tersebut memasukkan makanan yang telah disediakan dalam tempat makanan di atas tray makanan dalam almari.  Tunggu tiada rupanya kita kena mengambilnya disitu. Lawatan pertama di rumah terbalik di Tamparuli.  Uniknya bentuk rumahnya terbalik, kereta di luar rumah pun terbalik, peralatan di dalam rumah pun terbalik. Eeem pengalaman pertama melihat semuanya dl keadaan terbalik.  Di sini turut dijual cenderahati.  Bergambar hanya dibenarkan di bahagian luar rumah sahaja. Lawatan seterusnya ke Jambatan Tamparuli..agak tingi juga.  Bagi yang gayat bolehlah bergambar sekerat jalan je sebab jambatan ni bergoyang dan agak tinggi. Seterusnya ke Pekan Nabalu.  Sepanjang perjalanan di kiri kanan setiap 1 kilometer dibina gereja/chapel.  Di Pekan Nabalu ada pasar tamu dan kedai / rumah panjang menjual cenderahati seperti key chain, magnet fridge, tshirt, cada

Percutian di Sabah (Bahagian Dua)

Image
Suasana di TBS mula bertukar dari sunyi kepada riuh rendah mulai jam 6.30 pagi.  Petugas-petugas  TBS mula sampai memakai baju t-shirt bewarna oren dan penumpang bas mula beratur  di kaunter membeli tiket utk ke destinasi masing-masing (kaunter 1 hingga 17). Gerai makan mula dibuka jam 7 pagi.  Banyak pilihan di sini banyak pilihan kedai makan spt  food court, kedai I Love yoo (roti, bubur dan kuih), dunkin donuts, fuel shack (pizza, burger, hotdog), kenny rogers rosters, king's bakery, kopitiam dan restoran nasi kandar tbs.  Banyak pilihan.  Di level 3 ada 7 eleven, kedai kasut, kedai tudung dll.   Jam 11.00 menaiki bas ke Lcct.   Tambang Rm8.00 perjalanan memakan masa hampir satu jam. Keadaan di Lcct sesak berbanding klia. bertolak ke Sabah jam 5 petang Sampai jam 7.30 malam.  selpas makan malam terus balik ke penginapan iaitu marina courts dan mengadakan majlis harijadi utk pak baha..surprise utknya. Yang ketara dlm trip ini menggunakan tambang murah: a. Airport sesak dengan ora

Resepi Kek Alunan Kasih

Image
Resepi ini diperoleh daripada Internet.  Mudah sangat dari segi bahan dan sukatan yang menggunakan cawan.  Tertarik untuk mencubanya.  Tambahan boleh dibawa sebagai bekalan dalam perjalanan ke  KL untuk ke Sabah. Bahan-bahan 1 1/2 cawan gula 250 gram butter 5 biji telor 2 cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung jagung 1/2 cawan susu cair Koko powder Pewarna kuih (3 warna) Cara membuat Pukul butter bersama gula hingga kembang. Masukkan telor sebiji dan pukul lagi. Lakukan sehingga habis. Masukkan susu cair, pukul lagi. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan baking powder. Gaulkan rata. Sediakan dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas minyak. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan. Masukan adunan pertama ke dalam dulang pembakar.  Ayak koko di atasnya. Masukkan adunan kedua ke dalam dulang pembakar diatas lapisan koko dengan berhati-hati. Ayak koko diatasnya. Masukan adunan yg terakhir ke dalam dulang pembakar di atas lapisan koko tadi dengan berha

Percutian di Sabah (Bahagian Satu)

Image
Perjalanan ke KL bersama 4 yang lain dengan menaiki bas  Transnasional  dari bandar Kuala Rompin, Pahang pada jam 11 malam.  Sampai di Terminal Bandar Tasik Selatan jam 4 pagi.  Pekena roti telur dengan milo panas di Restoran Nasi Kandar TBS satu-satunya restoran yang dibuka masa ini iaitu di Level 4 TBS.

Permulaan

Dengan lafaz Bismilahirrahmanirrahim blog ini digunakan buat pertama kali. Terima kasih kepada Faiz yañg merealisasikan angan-angan Aunty.  Semuga blog ini dapat memberi manafaat kepada semua.   Insyallah akan dimuatkan resepi masakan, catatan perjalanan percutian ke sesuatu destinasi dan apa juga cerita yang dapat dikongsi bersama.   Nantikan keluaran berikutnya...