Posts

Showing posts from May, 2016

NEW ZEALAND III

Image
Kami menyediakan bekalan makanan yang dimasak sendiri. Kami,kemudian ke Mount Cook dalam jam 10 lebih.  Dalam perjalanan kami singgah di Dunstan Lake (Comwell) Kami kemudian meneruskan perjalanan.  Kelihatan di kiri,kanan bukit bukau,dan gunung ganang tidak berpokok.  Kelihatan berlumut.   Kemudian kami melalui ladang anggur, kilang wine, ladang bebiri, rusa dan lembu.  Semuanya berpagar letrik. Kami berhenti di,satu buah bangunan yang dikhaskan untuk pelawat.  Bangunan kayu di dalamnya lengkap dengan kerusi dan,meja kayu, sinki dan,air yang sesejuk ais, tong sampah, serta tandas. Kami makan tengahari di sini.  Di luar hujan turun menambahkan lagi kesejukan. Selesai makan kami mengambil gambar berlatar belakangkan Mount Cook.  Ya Allah cantik sungguh ciptaan mu dan terima kasih kepada mu yang menggerakkan hati untuk datang melihat,kebesaran mu. Dalam perjalana n balik kami singgah di Pukaki Lake.   Kami si ggah di Lake Tekapo.  Hentian yang terdapat kedai

NEW ZEALAND II

Image
Bangun tidur jam 5.30 pagi utk menunaikan solat subuh.  Saya dan kakak mengambil masa sebelum check out  dengan mengambil gambar di sekitar hotel kami menginap.   Kami kemudian ke lapangan terbang Auckland untuk ke Queenstown. Check In jam 10.00 pagi menggunakan khidmat kapal terbang Jetstar.  Sebelum itu sempat kami minum  hot chocholate lagi.  Sedap rasanya berbanding semalam. Harganya mahal sedikit iaitu NZD4.80. Kami menaiki Jetstar.  Kami dihidangkan minuman dan saya memilih hot chocolate bersama blueberry muffin.  Hot chocolate ternyata lagi sedap.  Peramugari nya berbangsa Maori dan bertubuh gempal.  Satu yang menarik perhatian saya adalah ia berkaca mata.   Sesekali saya melihat keluar jendela dan melihat keindahan awan.  Di sini saya dapati tiada lagi tompokan awan.  Didapati awan terbahagi kepada dua garisan.   Satu berkelompok dan terdapat satu garisan awan yang panjang membahagikan kawasan kepada awan yang sekata, tiada tompokan. Makin hampi

NEW ZEALAND

Image
Pada awalnya destinasi percutian adalah Bandung.  Tujuan ke sana atas saranan daripada Buah Hati dengan alasan untuk shopping raya.   Saya memang tidak berhasrat untuk turut serta.  Namun destinasi percutian keluarga telah bertukar dari Bandung ke New Zealand.  Kakak dan Buah Hati berusaha memujuk saya untuk turut serta kerana katanya kalau tidak mengikuti mereka entah bila saya  boleh sampai ke sana. Ini yang membuatkan saya berfikir banyak kali. Akhirnya saya bersetuju untuk menyertai percutian keluarga. Dua minggu sebelum berangkat saya, buah hati dan kakak membeli belah pakaian, seluar panjang, stokin dan sarung tangan yang tahan sejuk. Saya akui yang saya tidak tahan dengan sejuk. Macamana nanti saya hadapinya nanti..  Kami berangkat ke KLIA2 menggunakan van dengan kadar RM190.00.  Harga ini telah mengambilkira duit TOL. Pemandunya sendiri mengangkat dan memuatkan beg ke dalam van.  Jangkamasa perjalanan satu jam.  Sampai sahaja kami di KLIA2 kami bertemu dengan sat

BIRTHDAY 2016

Image
Secara jujurnya memang sejak dulu lagi sewaktu adanya arwah ibu saya raikannya secara sendirian.  Maksudnya saya gembirakan diri dengan membeli sesuatu untuk diri sendiri pada hari tersebut atau keluar makan dengan arwah ibu. Namun setelah pemergiannya saya mula merasakan macam kehilangan.  Kalau dulu saya tidak kisah sangat tapi kini saya macam tertunggu-tunggu siapakah orang yang pertama mengingati hari lahir saya. Tahun-tahun sebelumnya saya akan menyambut hari lahir bersama arwah abang ipar, kakak, buah hati, permata hati dan kasih hati sekeluarga.  Mereka ni semuanya suka buat kejutan. Tapi tahun ini sangat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.  Saya sengaja mendiamkan diri dan seperti biasa tertunggu-tunggu siapa orang yang pertama mengucapkan HAPPY BIRTHDAY.. Seminggu awal salah seorang anak saudara menghantar whatsapp mengucapkan ucapan keramat itu.  Wah ingat juga rupanya ia!!! Alhamdulillah masa ada saya di hatinya...ikatan kasih sayang itu adalah termahal yang tidak dapat