NEW ZEALAND

Pada awalnya destinasi percutian adalah Bandung.  Tujuan ke sana atas saranan daripada Buah Hati dengan alasan untuk shopping raya.  Saya memang tidak berhasrat untuk turut serta. 
Namun destinasi percutian keluarga telah bertukar dari Bandung ke New Zealand.  Kakak dan Buah Hati berusaha memujuk saya untuk turut serta kerana katanya kalau tidak mengikuti mereka entah bila saya  boleh sampai ke sana. Ini yang membuatkan saya berfikir banyak kali. Akhirnya saya bersetuju untuk menyertai percutian keluarga.

Dua minggu sebelum berangkat saya, buah hati dan kakak membeli belah pakaian, seluar panjang, stokin dan sarung tangan yang tahan sejuk. Saya akui yang saya tidak tahan dengan sejuk. Macamana nanti saya hadapinya nanti.. 

Kami berangkat ke KLIA2 menggunakan van dengan kadar RM190.00.  Harga ini telah mengambilkira duit TOL. Pemandunya sendiri mengangkat dan memuatkan beg ke dalam van.  Jangkamasa perjalanan satu jam. 

Sampai sahaja kami di KLIA2 kami bertemu dengan satu keluarga seramai 6 orang yang turut sama dalam percutian ini.  Kami bersepakat untuk terus check in beg dan kemudiannya mengalas perut di KFC.  Masa masih ada satu jam.


Dalam pukul 11 malam kami mula bergerak ke Balai Berlepas untuk penerbangan ke Auckland.
Hati mula rasa bedebar-debar maklumlah perjalanan jauh. Komat kamit mulut membaca doa perjalanan.  Majoriti penumpang berbangsa asing.  Kami duduk di bahagian tengah belakang.  Terasa gegaran tetapi tidak lama. Saya berpegangan tangan dengan kakak yang duduk bersebelahan dengan saya. Alhamdulillah gegaran itu sekejap sahaja.  Peramugari dan peramugara mula kelihatan sibuk menghidang makanan kepada penumpang yang memesan secara online diikuti penjualan makanan dan minuman.  Kedengaran kanak-kanak menangis selang dua baris hadapan kami dan di barisan hadapan.

8 jam perjalanan cukup meletihkan kerana sehari sebelum itu saya menaiki bas utk ke KL memakan masa 5 jam. Kejang rasa urat kaki. 

Kami tiba di Gold Coast (transit) jam 8.15 pagi waktu Malaysia bersamaan pukul 10.15 waktu Australia  . Semua penumpang yang hendak meneruskan perjalanan ke Auckland perlu melalui pemeriksaan kastam.  Kami dimaklumkan oleh anak kapal bahaea kami perlu membawa turun hand luggage. Sewaktu menuruni tangga kapal terbang mula terasa udaranya yang dingin. Rasanya macsm Cameron Highlands.

Semasa pemeriksaan kami ditanya samada membawa air minuman.  Dari pemerhatian saya dapati ada penumpang yang membawa air,  airnya akan dibuang dan sekiranya botol kosong kita perlu, ia akan kembalikan semula selepas air dibuang.  Diikuti pemeriksaan kedua iaitu imbasan kepada bag galas, jacket dll serta pada badan.  Seterusnya kita dibenarkan masuk ke Balai Berlepas. Apa-apa pun petugas / pegawai Kastam sangat ramah.  Bagi yang hendak ke tandas sila bawa botol kosong dari Malaysia kerana dalam tandas tiada paip yang ada disediakan paip di bahagian luar tandas.

Lebih kurang jam 9.00 pagi waktu Malaysia (11 pagi waktu Australia) kami berlepas ke Auckland).  Ada gegaran kecil.  Perut mula berkeroncong.  Seperti tadi peramugari dan peramugara sibuk mengedarkan makanan kepada penumpang yang membuat tempahan online.   Kami membeli nasi lemak, nasi dagang, mee dan lain-lain, purata harga dalam RM25.00 manakala air seperti cokelat panas, teh panas RM8.00.  Air,mineral RM6.00. 

Kami tiba di Auckland jam 12.30 waktu,Malaysia bersamaan 4.30 waktu tempatan. Pegawai imigresen  sangat ramah.  Biru mata dibuatnya hari ini. Kami,kemudiannya melalui kastam dan pelbagai soalan,ditanya samada membawa makanan dan buah-buahan.  Setelah melepasi,  bag akan discan.   Kebetulan bag salah seorang dari kami dibuka.  Anjing kecil bersama seorang kakitangan wanita mula berkeliaran di bahagian bagasi.  Alhamdulillah  semuanya selamat.  


Sementara menunggu kereta sewa kami membeli sim card bernilai NZD29.00 bersamaan RM70.OO.  Kami membeli hot chocolate secawan NZD3.80 bersamaan RM9.00 lebih. Wow sedap sangat.
Hari,semakin gelap. Sempat kami merakamkan saat-saat ketibaan kami di perkarangan lapangan terbang.  Sejuk mula menular. 


Kenderaan telah sampai.  Yang bagusnya di sini kenderaan untuk mengambil penumpang  ada ruangan khas disediakan untuk memuatkan bagasi.  Hari semakin gelap.  



Kami menuju ke Kiwi Airport Hotel yang letak bersebelahan dengan Kiwi Motel. Harga bilik RM109.50 bersamaan NZD40.00 seorang.  Satu katil besar dan satu katil kecil.  Sewaktu membawa masuk bag baru saya perasan bahawa roda bag saya patah.  Bayangkan beberapa destinasi lagi perlu dilawati .  Kemudahan di hotel ini sama seperti hotel di Malaysia.  Cuma memandangkan  di sini cuacanya sejuk maka terdapat aircon pemanas.  Seterika juga disediakan di luar bilik untuk kegunaan penginap. 

Di bahagian luar bilik terdapat meja dan kerusi.   Di sini kami makan malam iaitu roti dengan sapuan mentega manakala yang lain ada yang makan dengan tuna dan jem. 
Keletihan langsung tidak terasa mungkin excited kot!!!!.  Memandangkan esok perlu meneruskan perjalanan ke Queenstown. Jadi bye bye selamat malam.



Sila ikuti New ZEALAND II

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4