BIRTHDAY 2016

Secara jujurnya memang sejak dulu lagi sewaktu adanya arwah ibu saya raikannya secara sendirian.  Maksudnya saya gembirakan diri dengan membeli sesuatu untuk diri sendiri pada hari tersebut atau keluar makan dengan arwah ibu.

Namun setelah pemergiannya saya mula merasakan macam kehilangan.  Kalau dulu saya tidak kisah sangat tapi kini saya macam tertunggu-tunggu siapakah orang yang pertama mengingati hari lahir saya.

Tahun-tahun sebelumnya saya akan menyambut hari lahir bersama arwah abang ipar, kakak, buah hati, permata hati dan kasih hati sekeluarga.  Mereka ni semuanya suka buat kejutan.

Tapi tahun ini sangat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.  Saya sengaja mendiamkan diri dan seperti biasa tertunggu-tunggu siapa orang yang pertama mengucapkan HAPPY BIRTHDAY..

Seminggu awal salah seorang anak saudara menghantar whatsapp mengucapkan ucapan keramat itu.  Wah ingat juga rupanya ia!!! Alhamdulillah masa ada saya di hatinya...ikatan kasih sayang itu adalah termahal yang tidak dapat dijual beli.

Esok hari lahir saya..saya berhasrat untuk  menunggu detik 12 malam tetapi disebabkan saya keletihan dan terlalu mengantuk saya terlupa.  Pagi-paginya saya bangun dan terus melihat telefon tetapi hampa...

Saya meneruskan rutin seperti hari-hari biasa.  Saya bergegas ke pejabat dan melaksanakan tugas macam biasa.

Pada sebelah petang salah seorang staf datang ke bilik dan mengajak saya keluar sebentar.  Saya masih perlu menyelesaikan tugas yang memerlukan tindakan segera.  Setelah urusan selesai saya terus ke coffee corner diiringi beberapa orang lagi.

Setibanya saya di situ, terus beberapa staf lain mula menyanyikan HAPPY BIRTHDAY.  Tahu tak pada masa itu apa yang saya buat....ha ha ha kelakor,   saya menyorokkan muka di dinding.  Apabila saya ke bilik makan saya dapati ada yang memakai topeng muka.  Adoi layan je lah...

Saya dan seorang lagi staf yang mempunyai tarikh lahir dalam bulan yang sama diminta memotong kek.  Saya ikut jer.

Terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam mengadakan majlis tersebut.

Mereka ni macam biasalah kalau dah namanya ambil gambar pasti akan memuat naik dalam fb.  Dari sini satu lagi peristiwa berlaku.

Kakak saya mula menghubungi saya dan mula mohon maaf kerana tidak mengingati hari lahir adiknya.  Sedih pun ada lawak pun ada.  Dia dengan cepat memaklumkan dalam group keluarga.

Mulalah rakan taulan dan anak saudara memberikan ucapan. Bagi saya ucapan tanda ingatan.  Ingatan itu mengukur keberadaan kita dihati mereka betapa jauh atau dekatnya kitadi hati mereka Betapa perlu dan tidaknya kita. Betapa sayangnya tidak dan pelbagai betapa lagi.

Akhirnya dan rumusannya saya masih di hati mereka. Alhamdulillah....



.  Birthday kali ini disambut sebanyak dua kali.  Surprise party diadakan oleh Buah Hati di New Zealand sewaktu kami bercuti bersama keluarga di sana.  Majlis diadakan pada 18 Mei 2016 sehari se belum kami berangkat pulang.  Saya sedang berkemas beg tiba-tiba dipanggil keluar untuk makan malam sedangkan kami baru sahaja selesai makan malam.  Saya keluar dan mendapati ruang tamu gelap.  Saya bertanyakan kenapa gelap? Nyanyian Happy Birthday mula bergema di telinga.  Saya mula menitiskan airmata tanpa disedari.  Terharu, sedih, sebak atas ingatan yang diberi. Malu pun ada. Maklumlah sambutan ini diadakan serentak dengan anak kecil.  

Tapi apa pun terima kasih Farhan, Iezan, kakak ku, Fuza, Faiz, Ainur dan Buah Hati yang mengaturkan surprise party ini.  Dalam sejarah menyambut ulang tahun kelahiran di negara orang. Sayang kamu semua!!!! 




Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4