Posts

Showing posts from October, 2017

YOGYAKARTA HARI KETIGA

Image
Hari ini kami dimaklumkan oleh Buah Hati yang kami akan Merapi menaiki jip.  Rasanya yang ini luar dari tentatif lawatan yang asal.   Macam menarik ni.   Selesai sarapan pagi macam biasa Eko akan datang tepat pada waktunya.  Perjalanan kami mengambil masa dua jam.  Saya seperti biasa akan melihat ke luar untuk mengambil gambar yang menarik walau pun tangan masih sakit. Semakin kecil jalan menuju ke Merapi.Tiket berharga Rp350,000 untuk 60 minit. Waktu masuk mulai 8 pagi hingga 6 petang.  Sebenarnya ada empat peringkat sehingga tempoh empat jam maknanya lagi jauh dan lagi rapat dengan puncak Merapi.  Semakin jauh swmakin lumayan rupiah. Maaf gambar terbalik..  Untuk makluman Merapi ini terletak di sempadan tengah Jawa dan Yogyakarta dengan ketinggian 9800 kaki (3000 meter).  Gunung Merapi ini meletus dahsyat akhir November 2010.  Semua rumah hancur disapu awan panas. Di sepanjang perjalanan kelihatan orang memotong rumput untuk beri makan lembu.  Sesekali hidung terbau najis lembu. Kami

YOGYAKARTA HARI KEDUA

Image
Alhamdulillah hari ini masuk hari kedua berada di Yogyakarta.  Jam 7 pagi kami sarapan dulu di hotel.  Banyak juga menu yang disediakan seperti di satu sudut disediakan nasi putih dan lauk ayam, mee goreng, nasi goreng jawa manakala di satu sudut diletakkan ubi kayu rebus, ubi kayu sira, keledek rebus dan lain-lain.  Satu sudut yang lain diletak roti beserta pelbagai jenis jem.  Tepat jam 8 pagi Eko kelihatan memasuki laman Hotel.  Kami dibawa ke Goa Pindul yang terletak 7km selatan Yogyakarta.   Kami dimalumkan oleh Eko di sebelah kanan kami terdapat sejenis pokok yang hanya berbunga setahun sekali iaitu dalam bulan Oktober.   Kelihatan ramai yang berhenti tetapi kami meneruskan perjalanan.  Jalan semakin kecil. Goa Pindul ini adalah kawasan rekreasi.  Guanya terletak bawah tanah.  Sampai di situ kami diberi penerangan oleh petugas di situ.  Masing-masing tidak berminat dengan aktiviti ini. Jadi kami hanya mengambil gambar sahaja di sini. Kami juga