Posts

Showing posts from September, 2015

RESEPI KEK BATIK CHEESE

Image
Bahan-bahan: 50 gram serbuk koko 100 gram milo 100 gram gula pasir 200 ml air 100 gram mentega 2 biji telur 400 gram biskut marie-patah2 kan Cara membuaT: Campurkan koko, milo, gula dan air ke dalam kuali.  Masak dengan api yang sederhana. Kacau hingga larut. Masukan mentega kacau lagi hingga larut. Kecilkan api, masukan telor dan kacau sehingga pekat dalam 30 saat dan padamkan. Masukan biskut dan gaul sehingga rata biskut disaluti sepenuhnya. Padatkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan kertas aluminium. Lapisan Cheese: 250 gram cream cheese 1 biji telur gred A 2 sb gula Putarkan kesemua bahan sehingga kembang dan tuang ke atas kek batik tadi. Bakar 160 darjah celsius selama 5 minit (guna api atas). Sejukan di dalam peti sejuk sepelum dipotong dan dihidangkan. Cerita disebalik resepi ini: Resepi ini saya perolehi dari internet dari ALONGROZ@Homecreation.  Terima kasih kerana sudi share resepi. Sebenarnya dah lama tidak buat Kek Batik ni tetapi atas perminta

RESEPI KEK CARROT

Image
Alhamdulillah dapat juga saya mencuba resepi ni.  Sudah lama berangan nak buat tetapi baharu semalam ada kelapangan dan kebetulan bahan-bahan mencukupi. Bahan-bahan: 1 buku butter (250 gram) dicairkan 3 biji telor 2 biji kuning telor 2 cawan tepung naik sendiri 1 cawan gula perang 1/2 cawan gula 1 sudu teh ovalet 1 sudu teh soda bicarbonate 1 sudu teh garam 1 sudu teh vanila 1 cawan kacang yg telah digoreng tanpa minyak dan dikisar 1 batang carrot (parut) Cara membuat: Campurkan telor, gula dan ovalet.  Kacau hingga naik.  Masukkan butter yang telah dIcairkan sedikit demi sedikit.  Masukkan tepung yang telah dicampur dengan soda bicarbonate sedikit demi sedikit tanpa menggunakan mixer.  Masukkan kacang dan carrot. Masukkan adunan ke dalam bekas yang telah di alas dengan kertas minyak.  Sapukan di sekeling bekas atau acuan dengan minyak. Kukus selama 1 jam 15 minit Catatan: Resepi ini saya perolehi dari rakan FB.  Terima kasih kerana ternyata memang sedap. SELAMAT

RESEPI KEK MARBLE APPLE

Image
Bahan-bahan: 2 biji epal (buang kulit dan hiris nipis) 100 ml jus oren (saya guna sunquick oren) 50 gm gula pasir Untuk kek: 8 biji kuning telor 60 gm gula halus 1 sudu emulsifier 30 gm tepung gandum 10 gm tepung jagung 10 gm susu tepung 80 gm marjerin (pukul perlahan) 1 sudu makan jem strawberi (apa2 jem pun boleh) 2 titik pewarna kuning CARA MEMBUAT: Campurkan epal bersama jus oren dan gula pasir.  Masak hingga epal lembut. Angkat dan tuskan. Biarkan seketika. Pukul kuning telor dan gula hingga lembut. Masukan emulsifier. Pukul sampai kembang. Masukan tepung gandum, trpung jagung dan susu tepung.  Kacau rata.  Tuangkan marjerin. Kacau rata semuanya. Bahagi adunan kepada dua bahagian.  Sebahagian adunan dicampur dengan jem dan sebahagian  lagi dicampur dengan pewarna kuning.  Kacau rata. Tuang adunan jem ke dalam bekas pembakar.  Susun epal.  Lapis dengan adunan berikutnya. Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 30 minit. Cerita di sebalik resepi: Tiada isti