RESEPI KEK CARROT

Alhamdulillah dapat juga saya mencuba resepi ni.  Sudah lama berangan nak buat tetapi baharu semalam ada kelapangan dan kebetulan bahan-bahan mencukupi.

Bahan-bahan:
1 buku butter (250 gram) dicairkan
3 biji telor
2 biji kuning telor
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula perang
1/2 cawan gula
1 sudu teh ovalet
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh garam
1 sudu teh vanila
1 cawan kacang yg telah digoreng tanpa minyak dan dikisar
1 batang carrot (parut)

Cara membuat:
Campurkan telor, gula dan ovalet.  Kacau hingga naik. 

Masukkan butter yang telah dIcairkan sedikit demi sedikit. 

Masukkan tepung yang telah dicampur dengan soda bicarbonate sedikit demi sedikit tanpa menggunakan mixer. 

Masukkan kacang dan carrot.

Masukkan adunan ke dalam bekas yang telah di alas dengan kertas minyak.  Sapukan di sekeling bekas atau acuan dengan minyak.

Kukus selama 1 jam 15 minit

Catatan:
Resepi ini saya perolehi dari rakan FB.  Terima kasih kerana ternyata memang sedap.

SELAMAT MENCUBA!!!

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4