PERMATA HATI (BAHAGIAN DUA)

CPersiapan mula diatur.  Yang pastinya kedua-dua ibu bapa Permata Hati adalah orang yang paling sibuk.  Untuk diri ku pula mula menawarkan diri dalam penyediaan kuih sebagai 'desert' pada hari tersebut.  Dalam kepala macam-macam jenis 'desert' bermain-main di fikiran.  Nak sediakan yang terbaik untuk Permata Hati.  Harap-harap dia gembira dan berpuashati.

Semuanya ibu, ayah, abang, kakak, kakak ipar dan aunty sendiri inginkan yang terbaik untuk majlis itu nanti. 

Salah faham berlaku gara-gara Permata Hati tidak mahu menyusahkan auntynya hanya meminta bahulu sahaja untuk majlis tersebut kerana memikirkan auntynya akan datang menaiki bas.  Tidak mahu menyusahkan aunty katanya.  Manakala si ayah pula meminta Tembosa.  Bila dikenangkan agak kelakar kerana Permata Hati tidak tahu auntynya tidak menaiki bas...

Kalau di (bahagian satu) hati rasa tersentap...tetapi apabila masuk ke bahagian dua ni hati teruja untuk melibatkan diri dengan persediaan majlis tersebut.

Lagi dua minggu majlis pertunangan akan berkangsung bertemakan warna pink.  Seingat ku tiada dalam koleksi baju ku bewarna pink.  Nampaknya kena beli baju ni.  Tetapi di bandar kecil agak terhad untuk dapatkan yang setuju di hati ini. 

Hari ini misi ku adalah mencari baju bewarna pink.  Setelah puas mencari baju akhirnya jumpa di sebuah kedai iaitu  jubah bewarna pink memandangkan baju kurung tiada warna sedemikian.  Harap-harap menepati tema.  Selesai membeli jubah kenalah cari tudung yang sesuai . Menapak lagi ke pasar sehari meredahi panas terik untuk mendapatkan tudung yang sesuai.  Alhamdulillah dapat tudung bercorak pink.  Hai entahlah warna pink ni rasanya macam tidak sesuai dengan diri ku.  Permata Hati punya pasal semuanya boleh....  Permata Hati dan kakaknya dihubungi melalui Whatsapp. Kedua-duanya bersetuju dengan pilihan ku.  Permata Hati seperti biasa mengeluarkan ayat menyusahkan aunty saja.  He he ayat klise.

Selesai misi ku mencari baju....  Misi seterusnya mencari hadiah buat anak kepada seseorang yang banyak membantu ku selepas pemergian ibu dan kakakku.  Bergegas ke Tunas Manja dan setelah berfikir (tidak perlu berkira sangat dengan orang yang mengambil berat dengan ku) lantas ku capai periuk nasi elektrik sebagai hadiah perkahwinan.  Pemergian ku ke rumahnya bersama seorang sahabat agak lewat.  Dia ku lihat begitu gembira menyambut kedatangan kami.. mencium dan memeluk ku.  Hadiah dihulurkan lantas dia mempersilakan kami makan.  Agak lama juga kami di situ setelah makan berbual dengan tok kepada pengantin.  Sesekali mata ini memerhati ke sekeliling.  Canopy jenis lama, meja makan pengantin dan latar belakang tempat makan pengantin, cara hidangan dan pelamin yang ku lihat dari jauh membuatkan hati ini tersentuh..begitu sederhana.  Sedih sangat berbanding dengan persiapan yang sering ku lihat sebelum ini.  Satu senario yang jarang ku lihat.   Bukan niat menghina jauh sekali.  Ku kutip penghayatan dan jadikan pengajaran dan kita perlu bersyukur mengikut keupayaan serta kemampuan kita.

Pelbagai perkara berlaku sejak akhir-akhir ini yang menguji kesabaran ku.  Hampir seminggu mengalami stress yang amat sangat.  Dalam masa yang sama buntu mengundang kerana orang yang sepatutnya menemani ku di hari pertunangan Permata Hati kedua-duanya tidak sihat.  Nasib baik ada insan lain yang bersetuju menemani ku ke sana.  Alhamdulillah kalau tidak rasanya dah patah hati ke sana.  Baru rasa bersemangat semula berkemas permaidani, bekas buffet, periuk nasi besar dan bekas kaca untuk kuih.  Hem baru puas rasa hati.

Dalam situasi diri kembali bertenang..satu-satunya abang yang ada dimasukkan ke hospital.  Resah mula membendung diri ini.  Pelbagai perkara mula bermain di fikiran.  Ya allah..ku terima segala ujian dari mu walau pun adakala terlalu berat ku tempuhi.  Bahawasanya ku selitkan doa setiap kali selesai solat antaranya agar kau sembuhkanlah penyakit abang ku selain berdoa untuk ibu dan ayah yang telah pergi menghadap ilahi.  Doa itu tidak akan putus selagi diri ini bernafas.  Itu janji ku.

Akhirnya ku mengambil jalan selamat dengan memesan kuih sebagai desert iaitu Tembosa dan Bahulu Gulung.  Niat untuk menyumbangkan air tangan ku dengan Kek Gulung dibatalkan kerana "MOOD" tiada. 

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4