PERMATA HATI (BAHAGIAN TIGA)

Perjalanan ku untuk menghadiri majlis Permata Hati pada hari ini. Setelah solat subuh segala barang-barang untuk dibawa ke sana dimuatkan dalam kereta.  Setelah urusan kerja pejabat selesai kami terus bergerak.  Memandangkan dah tengahari kami terus berhenti di Leban Chondong untuk makan tengahari.  selepas itu terus menuju ke destinasi yang hendak dituju.  Sampai di sana terus membantu kakak bagi persiapan sebagai tambahan makan tengahari nanti.

Setelah selesai kami pun menuju ke hotel berhampiran.  Wah baru terasa penat yang teramat sangat. 

Pada pagi esoknya kepala mula terasa pening. Tapi kuatkan hati kerana telah berjanji dengan kakak untuk membantunya menggoreng Tembosa, menggoreng ikan dan memotong bahulu gulung.  Agak lewat sedikit.  Sampai saja ke rumahnya tanpa sarapan terus membantunya menggoreng tembosa dan ikan sambil sesekali makan dan minum.  Sesekali kami saling usik mengusik. 

Alhamdulillah jam 9.00 pagi  semuanya selesai. Kami bergegas menukar pakaian dan terus ke surau bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

Pihak lelaki sampai awal.  Kami mempesilakan mereka  ke dalam surau.  Pihak lelaki memakai baju bewarna purple. manakala bagi pihak perempuan memakai baju bewarna pink.  Acara dimulakan dengan  ucapan dari bapa perempuan dengan penuh sebak diselang seli dengan bapa pihak lelaki.  Ku tahankan hati agar tidak menitiskan airmata.  Setelah kata sepakat dicapai acara menyarung cincin pun bermula.  Tugas ku mengiringi ibu pengantin lelaki menyarung cincin.  Permata Hati dengan baju sedondon bewarna kuning air duduk dengan penuh debaran di pelamin.  setelah selesai acara menyarung cincin, tiba saatnya sesi bergambar.  Semuanya mengambil kesempatan bergambar dengan Permata Hati yang sentiasa tersenyum. 

Hidangan telah tersedia menunggu untuk dijamah.  Bagi yang telah selesai bergambar mereka dijemput untuk menjamu selera.  Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah teknikal. 

Untuk Permata Hati SELAMAT BERTUNANG.....

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4