Posts

Showing posts from January, 2015

PERKAHWINAN PERMATA HATI BHGN II

Image
Pada hari Khamis saya dan rakan bersiap awal untuk memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur.  Segala barang-barang untuk dibawa ke sana telah diletakkan di satu sudut bagi mengelakkan dari tertinggal. Selesai memasukkan barang-barang ke dalam kereta, kami memulakan perjalanan.  Singgah sebentar minum pagi dan seterusnya berhenti untuk merehatkan kaki di hentian Temerloh.  Sampai di KL saya terus menolong kakak di dapur menyediakan masak merah udang atas permintaan BUAH HATI dan goreng sayur.  manakala PERMATA HATI dan BUAH HATI mengemas ruang untuk majlis berinai. Malam ini malam berinai.  PERMATA HATI mengenakan gaun labuh putih beserta tudung putih.  Comel sangat.  Majlis berinai bermula.  Saya pun tumpang sekaki berinai.  Tetamu mula sampai ke rumah (keluarga).  Seronok dapat berjumpa dan berkumpul.  Sesi bergambar dengan pengantin bermula.  Selain itu kami seorang demi seorang menyuapkan kurma dan air zamzam kepada pengantin.  Majlis berakhir agak lewat.   Alhamdulillah untuk malam

PERKAHWINAN PERMATA HATI (SIRI I)

Tarikh telah ditetapkan.  Cuak juga hati ini kerana telah dimaklumkan cuti dibekukan sehingga bulan Januari 2015.  Perkara ini dimaklumkan kepada Permata Hati.  Kalaulah berlarutan sampai ke tarikh kahwinnya bererti saya hanya boleh hadir di majlis jamuan sahaja. Tidak dapat nak menolong kakak membuat persiapan menjelang majlis itu berlangsung.   Sebelum ini saya diminta oleh Permata Hati menyediakan puding kastad dan satu jenis lagi puding untuk meja pengantin bagi acara akad nikah dan sanding.  Perbincangan demi perbincangan diadakan walau pun dalam jarak jauh, whatsapp adalah penghubung kami.  Harap-harap cuti ku dan sahabat ku merangkap co-pilot ku lulus.  Satu ketetapan telah dibuat agar saya menyediakan puding roti bersos kastad pada majlis akad nikah dan puding kastad pada majlis sanding.  Hari demi hari berlalu tinggal beberapa hari lagi akan menjelang.  Saya telah menyediakan sendiri baju jubah ala riau dan menjahit sendiri manik pada tudung yang dibeli tempohari.  Nak nampa