Posts

Showing posts from July, 2023

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

Image
Kali terakhir ke luar negara tahun 2019 iaitu ke Surabaya.  Saya belum sempat edit perjalanan saya tersebut dalam blog!  Telah beberapa kali merancang untuk ke Indonesia seperti Acheh, kemudiannya menukar rancangan untuk ke Bukit Tinggi, Padang.  Selain melihat keindahan alam, saya berminat untuk melawat tempat allahyarham Hamka.  Tokoh  hebat.  Namun hasrat ini terhenti seketika kerana wabak Covic19.   Setelah keadaan kembali terkawal saya dan kakak merancang untuk bermusafir. Beberapa lokasi dipilih, akhirnya  kami membuat keputusan untuk mengikuti trip IntraTama Travel pakej Chan Rak Ter 3.0 kerana tertarik dengan pakej yang ditawarkan, apatah lagi kami pernah mengikuti trip ke Phuket dengan menaiki Cruise dari Pelabuhan di Pulau Indah.  Pengalaman ini saya telah kongsikan di laman blog saya. Memang sangat berpuashati dengan aturcara program.  Program kali ini ke Thailand melibatkan perjalanan dengan menaiki bas ke Hadyai, Hadyai ke Bangkok menaiki sleeper train yang memakan masa le

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 3

Image
Selepas sarapan pagi dan check out hotel, hari ni kami dibawa ke Noongnooch Village yang luasnya lebih kurang 600 ekar.  Kami diberi tiket masuk dan gambar di bawah ini adalah laluan pintu masuk yang perlu discan barkod menggunakan tiket yang diberi oleh Intratama. Di bahagian luar terdapat pelbagai jualan seperti cenderahati, aiskrim dan replika dinasour. Bergambar dahulu beramai-ramai di pintu masuk bahagian dalam sebagai kenang-kenangan. Melalui kawasan kektus. Juga melalui kawasan gajah.  Boleh bergambar! Memandangkan kawasannya yang luas kami dibawa menaiki buggy yang disediakan mengelilingi kawasan ini. Singgah sebentar di taman orkid.  Memasukkan taman tersebut kami melalui senibina yang dibuat dari pasu kecil. Buggy singgah kali kedua.. Cantik landskap taman.. Bergambar bersama replika burung hantu!  Kemudian menapak sekejap di kawasan dinasour! Hari semakin panas. Kami semuanya menaiki buggy untuk melihat pertunjukan kebudayaan di auditorium . Pelbagai segmen ditunjukkan.  Ket