HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 2

Semalaman tidur tidak berapa lena kerana kekerapan keretapi berhenti.  Gegaran terasa apabila keretapi bergerak laju.  Seusai solat subuh petugas kembali menjalankan tugas melaraskan semula tempat tidur kembali asal.  Hari semakin cerah.  


Kami menikmati minum pagi agak lewat.  Nasi goreng. Nasi ini diedarkan oleh petugas Intratama beserta air mineral.


Dessert ini kakak beli 3 dari petugas Intratama.  Halal.  Dua diberi kepada sahabat travel kami manakala yang ini kami berdua habiskan.  Sedap dan lembut..tidak berapa manis dan lemak rasanya.  Tanya kepada petugas Intratama dia sendiri tidak tahu nama kuih ni.


Tiba jam 10 lebih.  Ini adalah bangunan Bang Sue Grand Station iaitu bangunan stesen Sleeper Train berhenti iaitu di Bangkok.  Besar dan luas macam di lapangan terbang.  Di stesen ini untuk ke toilet perlu siap sedia bawa botol kosong/botol mineral kerana tiada paip disediakan di dalam tandas.


Bergambar beramai-ramai sebelum menaiki bas untuk menuju ke Pattaya yang mengambil masa 1-2 jam.


Sebelum memulakan acara lawatan, kami dibawa ke restoran untuk makan tengahari serta menunaikan solat jamak qasar (zohor dan asar) .  


Cuma agak kurang selesa kerana tempat mengambil wudhu tiada penghadang antara lelaki dan wanita.  

Destinasi pertama kami dibawa ke Great and Grand Destination.  Cantik untuk bergambarlah..melangkah jer ke dalam kelihatan seperti berada di alam fantasi.  Pelbagai bentuk aiskrim.  Melihat pelbagai jenis replika aiskrim. Setelah diberi peluang bergambar, kami diberi aiskrim percuma setiap seorang.  Pilih je perasa! 






Ini hanyalah sebahagian dari replika aiskrim..



Seterusnya kami menaiki bas menuju ke Honeybee yang lokasinya tidak berapa jauh.  


Kami dibawa masuk ke sebuah bilik khas.  Kelihatan produk keluaran berkaitan dengan lebah disusun.  Kami diberi penerangan tentang khasiat sesuatu produk ini.


Kemudian ke Erawadee Herb.  Penerangan dalam bahasa Indonesia oleh orang tempatan (Thailand).  Menurutnya ia seorang muslim.  Penerangan produk oleh beliau di bilik khas yang disediakan dari ubat-ubatan hingga ke produk kecantikan. 


Hari semakin menjelang senja. Kami dibawa check in hotel di Pattaya.  Selain dua katil, terdapat pinggan dan mangkok, sudu, mug, cerek letrik, peti sejuk, microwave dan tv.  





Makan malam di hotel ini yang pastinya halal.  Semua sedap-sedap belaka.




Setelah selesai kami berkumpul di lobi dan dibawa ke arah pantai, berjalan kaki melalui lorong kedai. Yang pasti kehidupan malam di sini HIDUP. Satu pengalaman baharu bagi saya yang mana sebelum ini saya hanya mendengar. Tetapi kali ini melihat sendiri. Kelihatan di kiri kanan jalan menuju ke pantai  wanita berpakaian seksi mula menarik perhatian lelaki, tersenyum manis sambil memanggil-manggil.  Masyallah!!! Sejuk kaki tangan dibuatnya.  
Gambar dibawah ini adalah deretan kedai.  Di belakang saya adalah pantai.  Dan difahamkan pokok kelapa ini ada fungsinya ☺️.  Kami berpecah kepada 3 kumpulan.  


Saya dan kakak memilih untuk ke Hard Rock Cafe.  Sempat mengambil gambar kenangan bersama kakak dan Puan Marina (salah seorang ahli rombongan).




Harga baju t-shirt di sini boleh tahan MAHAL….
Balik ke penginapan menaiki Tuk-tuk.  

Sambung ke episod 3 

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4