HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 3

Selepas sarapan pagi dan check out hotel, hari ni kami dibawa ke Noongnooch Village yang luasnya lebih kurang 600 ekar.  Kami diberi tiket masuk dan gambar di bawah ini adalah laluan pintu masuk yang perlu discan barkod menggunakan tiket yang diberi oleh Intratama.



Di bahagian luar terdapat pelbagai jualan seperti cenderahati, aiskrim dan replika dinasour.

Bergambar dahulu beramai-ramai di pintu masuk bahagian dalam sebagai kenang-kenangan.


Melalui kawasan kektus.




Juga melalui kawasan gajah.  Boleh bergambar!


Memandangkan kawasannya yang luas kami dibawa menaiki buggy yang disediakan mengelilingi kawasan ini.




Singgah sebentar di taman orkid.  Memasukkan taman tersebut kami melalui senibina yang dibuat dari pasu kecil.








Buggy singgah kali kedua.. Cantik landskap taman..


Bergambar bersama replika burung hantu! 


Kemudian menapak sekejap di kawasan dinasour! Hari semakin panas.




Kami semuanya menaiki buggy untuk melihat pertunjukan kebudayaan di auditorium . Pelbagai segmen ditunjukkan. 







Ketika pertunjukan hampir selesai,  kami beredar untuk mencari tempat yang selesa di pertunjukan gajah.  Di sini tag masuk pertunjukan sama digunakan.  Pelbagai aksi gajah ditunjukkan seperti bermain bola, memicit penonton yang sedang baring di tengah padang, menari mengikut irama lagu, melukis dan sudah pasti mengelilingi padang sambil menghulurkan belalai untuk mengutip duit daripada penonton. Selain duit dan pisang ia menolak. 🤣






Untuk menuju ke pintu keluar seusai sahaja pertunjukan, terjumpa sahabat lama masyallah kami berpelukan seketika. Tidak sangka bertemu di sini.


kami melalui pamiran kereta.  


Kami kemudiannya dibawa ke restoran untuk makan tengahari.  


Kami dibawa solat di masjid berhampiran untuk keselesaan.  Kemudian dibawa ke destinasi berikutnya iaitu ke Gems Gallery.  Diberikan pelekat setiap seorang untuk masuk menaiki train di dalam bangunan iaitu melihat sketsa cara-cara pembuatan batu permata.  Satu train dalam 12 orang.  Berdebar juga kali pertama train menyusuri ke dalam bangunan yang gelap tiba-tiba kelihatan seperti ledakan gunung berapi dengan bau belerang menusuk ke hidung,. step by step ditunjukkan hingga menjadi batu permata.


Terdapat jualan permata, bag tangan kulit dan baju yang pasti harganya harga kayangan.  Cuma kakak bergurau dengan saya katanya jom kita borong semua.  Kata-katanya didengar oleh kakitangan Gems yang faham bahasa Malaysia.  Kelihatan mereka berbisik antara satu sama lain dan mula mengekori kami. Tidak sangka pula ada yang faham. Haha apa lagi kami mempercepatkan langkah keluar.  Satu pengajaran buat kami agar lebih berhati-hati apabila menutur walau pun sekadar gurauan 🤣.

Dari sini kami dibawa ke pondok tahfiz.  Sangat terharu dengan sambutan dari penduduk Islam di sini.  Kelihatan deretan gerai makanan, khemah dan pentas di mana kedengaran alunan berzanji/qasidah.  Mereka beratur di kiri kanan jalan merah menyambut kedatangan.. Lelaki di sebelah kiri manakala wanita dan anak-anak kecil perempuan di sebelah kanan.  Kami mula mengatur langkah menuju ke arah mereka yang agak teruja menunggu ketibaan kami.  Tangan disambut dengan senyuman dan ucapan salam.  Ketika ini hati terasa begitu sayu dan sebak.


Dibawa ke bangunan yang masih dalam pembinaan.  Ucapan alu-aluan dari Pengerusi majlis serta acara penyampaian dana dari wakil Intratama menyampaikan kutipan dari group sebelum ini.  Selain diperdengarkan alunan ayat suci Al Quran dari wakil pelajar.


Kami semua dijamu nasi beriani kambing serta pulut mangga dan air oren.  Sambil mendengar nyanyian nasyid dari pentas.  



Sebelum berangkat pulang kami dihadiahkan cenderahati.  Saya memilih tasbih sebagai kenang-kenangan.

Akhirnya kami check in hotel.  
Ikuti perjalanan seterusnya di hari ke 04










Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4