Posts

Showing posts from June, 2018

JAKARTA 2018

Image
Alhamdulillah saya, kakak dan buah hati telah memperuntukkan beberapa hari di bulan Ramadhan bagi percutian bersama di dalam kesibukan buah hati. Pada mulanya kami telah merancang untuk ke Jakarta dan Bandung namun di saat akhir ianya ditukar kepada Jakarta sahaja.  Tempahan tiket dilakukan di saat beberapa hari lagi ke Jakarta kerana buah hati cuba mendapatkan harga tiket yang rendah.  Pakaian dikemas di saat akhir kami akan berangkat.  Di dalam kekalutan memikirkan apa yang perlu dibawa dan dibimbangi perkara-perkara penting tertinggal. Pada hari Jumaat pagi jam 7.30 pagi, kami membawa kenderaan sendiri ke KLIA dan menyimpannya di parking lot berhampiran. Penerbangan kami menggunakan Malaysia Airline System (MAS).  Tidak terlalu jauh nak berjalan untuk ke gate. Di dalam penerbangan saya tidur kerana bau makanan mula dihidu.  Maka inilah bermula cabaran saya melawan nafsu makan.  Kami ditanya samada mahu makan atau tidak.  Sudah tentu jawapannya tidak.  Sebagai musafir saya te