Posts

Showing posts from March, 2015

HARGA DIRI

Dalam melayari kehidupan di dunia ini, kita tidak boleh tertalu mementingkan diri sendiri.  Kita perlu melihat dan menoleh ke sekeliling, ke atas dan ke bawah agar kita tidak menjadi orang yang sombong dan angkuh dengan apa yang kita ada.  Sesungguhnya pangkat setinggi mana pun kalau tidak disertai perangai yang baik ianya tidak akan ke mana.  Perlakuan sedemikian malah mengundang ramai menjauhi manusia seperti ini.  Mungkin kita merasa bangga kuasa di tangan kita.  Kita boleh mengarahkan sesuka hati walau pun arahan itu menyusahkan orang lain.  Kerana kita berasa seronok mengenakan orang.. tak gitu. Sedarlah bahawa hidup ini ibarat roda.  Adakala kita di atas dan adakala kita di bawah.  Kita tidak akan menongkat langit selamanya.  Toleransi perlu disemai. Perasaan sesama insan perlu dijaga agar tidak  saling menyakiti.  Ibarat menarik rambut dalam tepung... Pertuturan dan tingkah laku melambangkan keperibadian.  Tidak wajar menuturkan sesuatu yang menyakiti hati orang lain demi

MUZIK NUSANTARA

Image
Menghadapi STRESS bukanlah satu perkara yang mudah.  Hampir dua minggu juga melalui STRESS. Saat-saat sukar untuk digambarkan betapa STRESS melanda.  Rasanya penuh, padat dalam kepala.  Banyak faktor menyumbang kepada situasi demikian.  Saya sendiri cuba mengawal minda, memujuk diri sendiri bagi mengawal STRESS.  Ada masa ke pantai menikmati tiupan angin, memandang ke lautan dan sudah tentu menikmati makanan.  Rasa sedikit lega mula dirasai.  Bayangkan dalam tempoh itu makan tidak mengikut jadual.  Cuma tidur tersangatlah lena...nasib baik.  Rasa macam nak tumbang pun ada..jadi penemannya adalah mendapatkan ubat bagi mengawal tekanan darah rendah.  Satu lagi penyakit datang. Setelah semuanya selesai. Saya mengambil cuti.  Dengan menggunakan khidmat pengangkutan awam saya meredah kegelapan malam untuk ke Kuala Lumpur.  Perkara pertama untuk hilangkan STRESS selain solat sudah pastikan kan! Saya ke pusat membeli belah ditemani PERMATA HATI, kakak dan abang ipar ku.  Wah hilang STRESS.