Posts

Showing posts from August, 2023

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

Image
Hari ini hari kelima saya berada di bumi Thailand dan merupakan hari terakhir permusafiran saya.  Saya dan kakak turun awal pagi untuk sarapan di hotel ini.  Semua makanannya adalah halal.  Sempat bergambar di lobi hotel sebelum bergerak pulang. Sementara menunggu Mall buka untuk shopping ☺️, kami dibawa melihat istana. Seterusnya kami dibawa ke Platinum Fashion Mall.  Besar mall ini.   Ada 2 pintu masuk di Platinum Fashion Mall ini.  Kami memasuki pintu zone 2 dan diingatkan oleh petugas travel agency agar berkumpul kembali di pintu ini apabila selesai membeli belah. Melihat dalam Platinum Mall teringat saya Kenanga Mall..macam tu lah lebih kurang.  Banyak kedai di dalamnya menjual pelbagai baju, bag luggage, bag tangan, kasut dan sebagainya.  Bag tangan ada yang harga beribu 🤣.   Ini pula adalah di bahagian luar Platinum Fashion Mall.  Deretan kedai makan.  Ada gerai makanan halal. Satu yang pasti tidak dapat saya lupakan adalah pulut mangga paling sedap boleh habis satu bekas tu m

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4

Image
Alhamdulillah hari ini telah masuk hari keempat bermusafir.  Semakin hari semakin menarik  tempat lawatan..  Saya dan kakak serta yang lainnya bersarapan di hotel.  Banyak menu pilihan, semuanya sedap-sedap. Yang pastinya adalah halal.  Hari ini kami ke Maeklong Railway Market, daerah Mueng dan dalam kawasan Samut Songkhram.  Pasar ini panjangnya 100 meter.  Lokasi di stesen keretapi.  Ini adalah salah satu daya tarikan Thailand.  Uniknya pelbagai jualan betul-betul di kiri kanan landasan keretapi.  Untuk ke stesen keretapi saya melalui pelbagai jualan sayur-sayuran, hasil laut, cenderahati, juga gerai makan.  Keretapi betul-betul melalui kawasan ini dengan bergerak perlahan.  Peniaga tempatan akan segera membuka khemah yang melindungi mereka dan pelancung dari panas matahari sebaik sahaja mendapat signal daripada keretapi dan akan memasangnya semula sebaik sahaja kereta berlalu untuk ke Mahachai.  Satu kebiasaan buat peniaga tapi bukan buat pelancung. Ini pula kedai makan di stesen k