HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5
Hari ini hari kelima saya berada di bumi Thailand dan merupakan hari terakhir permusafiran saya. Saya dan kakak turun awal pagi untuk sarapan di hotel ini. Semua makanannya adalah halal.
Sempat bergambar di lobi hotel sebelum bergerak pulang.
Sementara menunggu Mall buka untuk shopping ☺️, kami dibawa melihat istana.
Seterusnya kami dibawa ke Platinum Fashion Mall. Besar mall ini.
Ada 2 pintu masuk di Platinum Fashion Mall ini. Kami memasuki pintu zone 2 dan diingatkan oleh petugas travel agency agar berkumpul kembali di pintu ini apabila selesai membeli belah.
Melihat dalam Platinum Mall teringat saya Kenanga Mall..macam tu lah lebih kurang. Banyak kedai di dalamnya menjual pelbagai baju, bag luggage, bag tangan, kasut dan sebagainya. Bag tangan ada yang harga beribu 🤣.
Ini pula adalah di bahagian luar Platinum Fashion Mall. Deretan kedai makan. Ada gerai makanan halal. Satu yang pasti tidak dapat saya lupakan adalah pulut mangga paling sedap boleh habis satu bekas tu makan seorang. Lain dari pulut mangga yang pernah saya makan.
Selesai shopping, kami dibawa makan di restoran halal.

Dalam perjalanan menuju airport kami tidak kering gusi melihat telatah En Adam, wakil travel agent yang menyanyi lagu Lai Lai Katong, membuat teka teki dan sesekali mengusik kami. Setiap kali bas bergerak bacaan doa dibacakan terlebih dahulu.
Bergambar kenangan sebelum masuk ke Balai Pelepasan Lapangan Terbang Bangkok. Di sini kelihatan ahli group mengemas bag luggage bagi barang pembelian di mall tadi. Saya dan kakak telah siap awal-awal lagi, memang selalu macam tu kalau travel…
Ini adalah monumen dalam bangunan pelepasan. Sementara menunggu check in, di toilet pun ada staff airport meminta untuk melihat ticket kapalterbang . Tidak pernah lagi kena macam ni..tapi apa pun kami tidak menghadapi masalah.
Di dalam kapal terbang untuk penerbangan pulang. Sempat kami dihulurkan pulut mangga lagi dari ahli rombongan setelah kakak belanja air untuknya. Apa lagi rezeki jangan di tolak sedangkan di airport tadi saya dan kakak sempat menghabiskan satu seorang bekas pulut mangga. Bila lagi dapat merasa pulut mangga macam ni …. Alhamdulillah!!!!
Sampai di airport Malaysia, saya menghadapi sedikit masalah di Imigresen kerana terlupa buka cerminmata. Sistem tidak dapat detect. Terpaksa cari pegawai imigresen. Alhamdulillah dapat layanan baik dari mereka.

Apa yang saya dapat dari pemusafiran saya kali ini:
1. Pakej terbaik dari Intratama Travel
- Harga sangat berpatutan untuk 5 hari 4 malam. Semua
All In (tiket masuk bagi setiap tempat dilawati, makan,
tiket sleeper train, cruise dan kapalterbang). Bawa
duit untuk shopping jer☺️.
- Staffnya sangat-sangat membantu dari awal saya
berurusan (tidak kira masa-melayani dengan baik dari
Pejabat hingga saya mengikuti permusafiran ini dan
perjalanan balik Mereka begitu memberikan komitmen
yang tinggi.)
-Tentatif perjalanannya sangat memuaskan.
-Saham akhirat turut diimbangi. Kami dibawa ke
Pondok tahfiz. Memberi rasa sebak dan bertapa kita
harus bersyukur menjadi rakyat Malaysia sedangkan
penduduk muslim di sana perlu mencari solusi untuk
membangunkan kesedaran tentang Islam dan menghidup
kannya agar terus berkembang bagi generasi akan
datang.
2. Dapat mengenali budaya luar dengan lebih dekat.
3. Makanan pulut mangga paling best.
Kredit: Photo koleksi Intratama Travel
Photo peribadi
Comments
Post a Comment