Posts

Showing posts from June, 2016

RAMADHAN DAN AIDILFITRI 2016

Image
Abang ipar yang saya anggap pengganti abah telah meninggal dunia  pada akhir tahun lepas.  Sudah tentu ketiadaan seorang lagi ahli keluarga ketika menyambut Ramadan dan syawal membuatkan saya dan ahli keluarga arwah yang lain merasakan ketiadaan beliau. Kalau dulu sewaktu saya ke rumah beliau di bulan Ramadan, beliau pastinya akan menunggu saya bersama kakak dan Permata Hati di TBS seterusnya akan membawa saya makan samada di kedai makan di Setiawangsa mahupun di kedai makan yang terletak dalam perjalanan pulang ke rumah. Tapi kali ini di tahun ini saya terasa kehadirannya di celah-celah orang ramai di TBS.  Mungkin kerana kenangan lalu terbawa-bawa.   Yang datang adalah kakak dan Buah Hati.  Semuanya kini telah berubah dan kita sebagai insan perlu akur dengan ketentuannya dan perlu redha. Pada keesokan malam selepas berbuka puasa di Publika,  saya dibawa oleh Buah Hati ke Masjid Wilayah untuk menunaikan solat terawih.   Sekali lagi ingatan saya tertumpu kepada tahun-tahun sebelum i

PUDING KARAMEL

Image
Walau pun ramai yang pandai membuatnya saya memuatkan juga resepi setiap kali saya memasak sebagai koleksi sendiri.  Tapi bagi yang sudi dipersilakan. Bahan-bahan: 3 biji telor gred B 3/4 tin susu cair 2 - 3 sudu gula  Campurkan ketiga-tiga bahan ini. Bahan untuk karamel: 4 sudu gula Panaskan gula dalam bekas sehingga gula cair dan kekuningan.  Angkat. Tuang gula ke dalam bekas dan kemudian tuangkan adunan telor tadi ke atasnya. Kukus dalam 20 - 30 minit.

MAJLIS TAHLIL 2016

Image
Hasrat hati untuk mengadakan majlis tahlil disuarakan kepada kakak.  Sudah berapa kali majlis ini tertunda namun kali ini saya nekad walau pun lenat belum hilang balik dari percutian. Setelah tetapkan tarikh sesuai dengan kelapangan Buah Hati dan Adiknya, saya terus menghubungi caterer untuk tempahan nasi arab ayam.  Harga satu kepala RM6.50 termasuk air.  Saya turut mengundang jiran, rakan di pejabat dan anak-anak tahfiz.  Sehari sebelum majlis tahlil saya mula mengemas rumah, pendekata hari tu tak menang tangan  dibuatnya.  Daripada menyusun kerusi meja hingga menyusun pinggan mangkuk dan gelas.  Alhamdulillah kakak dan anaknya yang sulung datang awal dapatlah menolong.  Pada hari tahlil, Allah sahaja yang tahu apa perasaan saya, seperti biasa macam-macam bermain di fikiran, takut jemputan tidak ramai yang datang, takut kalau ramai datang makanan pula tidak mencukupi. Dalam pukul 4 katerer sampai menghantar makanan nasi arab dan juga rakan dari Pekan turut sampai menghantar pud

NEW ZEALAND VIII

Image
Hari ini hari terakhir berada di bumi New Zealand.  Penerbangan kami sebelah malam. Jadi kami mengambil keputusan ke satu tempat peranginan iaitu Piha.  Cuaca di sini tidak menentu, sekejap hujan sekejap panas.  Dalam perjalanan dapat kami melihat keindahan permandangan.  Masih melalui tasik untuk sampai ke Piha. Kelihatan Lions Rock dari jauh mengadap ke laut..   Kami menghampiri Lions Rock.  Angin terlalu kuat.  Sewaktu saya merakamkan video saya memegang kemas telefon saya. Di sini pasirnya hitam. Dan terdapat sebuah kedai menjual air dan makanan.  Memandangkan angin terlalu kencang kami berteduh di kedai tersebut. Saya dan kakak ke tandas awam yang terletak lebih 100 meter dan kami perlu berjalan kaki ke sana. Keadaan di sini Agak sunyi sikit.  Kalau di lihat dari luar tandas ini macam tidak terurus tetapi jangkaan saya msleset.  Di dalamnya memang bersih. Kami sempat mengambil gambar dalam perjananan kami ke kedai minuman tadi.  Cuaca panas sekejap.

NEW ZEALAND VII

Image
Hari ini kami,bersarapan di Homestay disediakan pemilik.  Isteri pemilik sangat ramah.  Menurut beliau dan suaminya biasanya pelancong yang datang disarankan ke New Zealand utara terlebih dahulu kemudian baru ke New Zealand selatan.  Kerana New Zealand selatan permandangannya paling cantik.  Lazimnya untuk ke sesuatu destinasi mengambil masa 3-4 jam.  Jadi untuk satu minggu tidak,mencukupi bagi melawat tempat-tempat menarik. Sarapan pagi kami adalah nasi goreng dan roti.  Manakala air pula air teh dan susu segar turut disediakan. Kami kemudian menggunakan dua buah kereta untuk bersiar-siar di bandar Auckland. Tempat pertama yang dibawa oleh rakan kepada kumpulan kami adalah Harbour Bridge.  Bandaraya terletak,di tepi laut.  Kelihatan dari jauh menara dan perahu layar dan boat mewah berlabuh. Kami berhenti sebentar di kedai.  Sudah pasti pilihan kami,adalah hot chocolate.  Seterusnya kami dibawa bersi