NEW ZEALAND VI

Hari ini merupakan hari terakhir berada di Queenstown.  Mengikut perancangan kami akan menaiki pesawat demi pesawat untuk kembali ke Malaysia.  Memandangkan flight kami lewat untuk ke Auckland, kami sempat sekejap membeli belah.  Ada lagi yang tertinggal.


Sambil menyelam minum air...sambil shopping sambil bergambar.  Kami sempat bergambar dengan Minah salleh yang kebetulan lalu semasa saya dan kakak mengambil gambar.  Beliau,menawarkan diri untuk mengambil gambar kami.

Di tengah bandar Queenstown


Kelihatan kerusi kayu di hadapan kedai minum bagi memudahkan pelanggan.

Inilah harga yang dipaparkan di hadapan kedai yang menawarkan perkhidmatan pelancungan.


Kami kemudian  bergegas balik ke apartment untuk check out jam 10 pagi.  Memandangkan masa ada masa, kami bersiar-siar di sekitar Queenstown termasuk Gondolla (kereta kabel) dan di tasik Queenstown.  



Jam 1.30  petang kami ke airport.  Dalam perjalanan kelihatan salji makin banyak menyelubunhi gunung berbanding dari kami,sampai.  

Flight delay hampir dua jam.  Meninjau keluar tingkap kapalterbang kelihatan salji di permukaan gunung.  Turbulence Agak kuat kali ini, saya memegang erat kedua -dua tangan kakak dan Buah Hati.  

Sampai di Auckland, kami menaiki kenderaan untuk ke lapangan terbang antarabangsa.  Memandangkan kelewatan kapalterbang jetstar kami terlepas kapalterbang untuk kembali ke Malaysia.  Keadaan kesihatan saya semakin teruk dengan selsema dan demam.  Saya membawa diri dengan berehat di kerusi penumpang yang disediakan.

Tapi tidak dapat melelapkan mata kerana tumpuan kepada seorang penumpang yang kelihatan berdarah di dahi.  Difahamkan penumpang ini terjatuh semasa menuruni tangga kapal terbang.  Kelihatan petugas lapangan terbang, polis dan redcross ada sama memberi bantuan.

Saya kemudiannya mengikuti kumpulan kami minum seterusnya ke penginapan (homestay) orang Malaysia di sini.  Selera sudah tiada, hem dalam keadaan sekarang kalau dapat baring alangkah sedapnya.

Kami menaiki kereta yang diurus rakan kepada salah seorang kumpulan ini menuju ke satu kawasan perumahan.  Kelihatan rumah dua tingkat.  Saya dan kakak diberi bilik di tingkat bawah.  





Saya terlena hingga pagi.


Sila ikuti siri berikutnya NEW ZEALAND VII 

Comments

  1. Assalamualaikum Puan, jika kita terlepas connecting flight disebabkan delay, kita akan mendapat ganti rugi yak? bagaimana dengan kos flight baru pula, perlu bayar sendiri ka mcm mana

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4