NEW ZEALAND IV

Hari ini destinasi kami adalah Lake Wanaka.

Tetapi kali ini laluan kami lebih ke tanah dataran tidak seperti sebelum ini.  Kami melalui kebun /ladang apple.

Kami singgah di kedai Webb's Fruit.  Saya dapati buah apple, quince dan pear diletakkan ke dalam kotak dengan dicatat tanda harga.  Ada yang dibungkus dalam plastik dan diletakkan tanda harga.  Bagi yang berminat untuk membeli boleh menggunakan kad kredit.  Tiada sesiapa yang menunggu.  Saya mempelajari sesuatu yang baru di sini. 

kami singgah sebentar di Lake Dunskan, Comwell.  Cantiknya ciptaan Allah...Subhanallah, terima kasih ya Allah kerana memberi hamba mu peluang menikmati keindahan,alam yang sebelum ini aku tidak berpeluang melihatnya.  Air tasik sangat jernih dan airnya kebiruan.  Dalam kesejukan saya mencuba meletakkan jari saya ke gigi air..sudah pasti sejuk.


Kami bergerak ke Puzling World.  Pada awalnya saya beranggapan hanya tempat untuk menguji minda sahaja namun sebaliknya.  Saya dan kakak sibuk mengambil gambar di bahagian luar sahaja.  




Setelah menjelaskan bayaran dan dicop pada tangan kami bergerak masuk.  Ruangan pertama yang kami lalui adalah ruangan frame yang didalamnya gambar 3D.

Seterusnya ruang graviti. Pertama kali sahaja menjejakkan kaki ke atas karpet bewarna biru terasa macam pening.  Langkah demi langkah diatur namun terasa macam nak jatuh.  Saya sempat memapah di dinding dan kerusi yang disediakan.  Namun ada yang jatuh.  Nasib baik ruang tersebut tidak panjang.

Kami kemudiannya melihat melalui tingkap, kelihatan dua orang di dalam bilik seorang di sudut kanan kelihatan terlalu kecil manakala seorang lagi kelihatan besar sangat.  


Selepas ini pelbagai ruang dimasuki dan kami sempat mengambil gambar.


Akhirnya kami keluar dan saya serta kakak membeli hot chocolate serta mencuba untuk menyusun puzzle yang diletakkan di atas setiap meja sementara menunggu yang lain-lain.


Sebelum balik saya dan kakak ke tandas sekejap. Wow..apa yang saya lihat sebelum memasuki ke tandas terdapat meja dan kerusi disediakan dan kemudiannya bila memasuki didapati ruangan pamiran tandas masa zaman dahulu digunakan.  Kemudian memasuki tandas dan terpegun saya melihat mangkuk tandas pun cantik.


Perjalanan seterusnya ke Wanaka Waterfront.  Di sini kami berkelah sambil menikmati permandangan.



Sila ikuti siri NEW ZEALAND V

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4