NEW ZEALAND VIII

Hari ini hari terakhir berada di bumi New Zealand.  Penerbangan kami sebelah malam. Jadi kami mengambil keputusan ke satu tempat peranginan iaitu Piha.  Cuaca di sini tidak menentu, sekejap hujan sekejap panas.  Dalam perjalanan dapat kami melihat keindahan permandangan.  Masih melalui tasik untuk sampai ke Piha.

Kelihatan Lions Rock dari jauh mengadap ke laut..

 


Kami menghampiri Lions Rock.  Angin terlalu kuat.  Sewaktu saya merakamkan video saya memegang kemas telefon saya.

Di sini pasirnya hitam. Dan terdapat sebuah kedai menjual air dan makanan.  Memandangkan angin terlalu kencang kami berteduh di kedai tersebut.



Saya dan kakak ke tandas awam yang terletak lebih 100 meter dan kami perlu berjalan kaki ke sana. Keadaan di sini Agak sunyi sikit.  Kalau di lihat dari luar tandas ini macam tidak terurus tetapi jangkaan saya msleset.  Di dalamnya memang bersih.


Kami sempat mengambil gambar dalam perjananan kami ke kedai minuman tadi.  Cuaca panas sekejap.  

Maka dengan ini tamatlah perjalanan saya di NEW ZEALAND.  Bukan hendak bermegah tetapi sekadar ingin berkongsi pengalaman.  Orang kata jauh perjalanan luas pandangan, banyak  pengalaman.   Apa yang saya belajar dari percutian kali ini;

1. Bersih.  Itu amalan di sana.  Tiada sampah dilihat yang ada hanya daun-daun yang luruh ke bumi. Tandas awam memang bersih.

2.  Mensyukuri diberi peluang melihat keindahan alam ciptaan Allah.  

3.  Melihat cara mengambil dan membungkus sendiri barangan dan menomborkan coding pada bungkusan di supermarket.

4. Sistem digital tanda harga pada setiap jenis barangan.

5. Cara jualan barangan dengan menggunakan kepercayaan pembeli tanpa penjual perlu tunggu di kedai tersebut.

Sekian, terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa membaca siri perjalanan saya di New ZEALAND.  Sebenarnya pada hemat saya hanya 10 peratus sahaja bumi NEW ZEALAND saya lawati namun pilihan ke Queenstown rasanya sudah cukup menggambarkan keindahan seperti yang diwar-warkan.  Terima kasih kepada Buah Hati yang sudi mempelawa Aunty menyertai trip kali ini.  


Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4