NEW ZEALAND V

Memandangkan kami semua belum sempat membeli belah hari ini kami mengambil keputusan untuk tujuan itu. 
Kami,meneroka kedai-kedai yang terletak tidak jauh dari penginapan kami.  Kelihatan juga pintu gerbang di pinggir pantai mencatatkan nama-nama pejuang yang gugur dalam perang dunia.




Saya dan kakak sempat bergambar dengan mengenepikan rasa sejuk dan menggigil semata-mata mahu bergambar dengan baju batik.  

Di sebelah petang kami ke sebuah penempatan kecil iaitu Glenorchy masih di tepi tasik berlatar belakangkan pergunungan yang diliputi salji.  Sejuknya cuaca di sini. 
  


Dalam perjalanan pulang tiba-tiba anak saudara berhenti di satu lokasi di tepi jalan.  Saya tertanya-tanya apa yang istimewa di sini rupa-rupanya baju dalam bersidai di sepanjang pagar.  Kelihatan empat orang wanita keluar dari caravan lantas menuju ke baju dalam yang bergantungan.  Keempat-empat mereka menanggalkan baju dan baju dalam.  Seterusnya meletakkan baju dalam di deretan baju dalam sediada.  

Satu kejutan buat kami.




Kami sampai Agak lewat ke bandar Queenstown.  Jadi kami mengambil keputusan untuk makan di Erics fish n,chip.  Saya tidak menyertai mereka.  Saya kemudian ke toilet awam yang terletak tidak jauh.  Menggunakan sistem letronik. Masuk ke tandas dan tekan butang. Di luar tandas akan menunjukan tandas sedang digunakan. . 

Balik ke penginapan saya siap-siap berkemas baju ke dalam bag. Tiba-tiba saya dipanggil keluar untuk makan.  Gelap jer...tiba-tiba kedengaran HAPPY BIRTHDAY TO YOU..spontan,airmata mengalir dipipi saya, terharu sangat.  Sambutan diadakan serentak dengan TJ.  


Terima kasih semua di atas ingatan. Pertama kali menyambut hari kelahiran di luar negara memang sesuatu di luar dugaan.  Kenangan manis...

Sila ikuti NEW ZEALAND VI 

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4