Posts

Showing posts from September, 2014

VIETNAM LAGI (SIRI III)

Image
Hari ini hari ketiga berada di Ho Chin Minh dan merupakan hari terakhir berada di sini.  Saya  terlupa menyatakan bahawa di sini uniknya bila dikaitkan dengan majoriti orang-orangnya menaiki motor adalah HELMET.  Helmetnya agak ringan dan kalau dipakai di Malaysia untuk menaiki motor memang tidak diluluskan kerana tiada ciri keselamatan.  Harganya kalau dalam ringgit malaysia tidak sampai RM10.00.  Wow murah.  Hajat hati nak dapatkannya satu tapi tengok keadaan macamana kerana area Ben Thanh Market tidak ada dijual.  Lazimnya di jual di kaki lima.  Cantik boleh didapati di dalam pelbagai bentuk dan warna. Seperkara lagi tentang penunggang motor mereka boleh dikatakan memakai penutup hidung.  Saya pernah membeli penutup hidung ini yang dibuat dari kain.  Harga satu RM5.00 sahaja.  Di sini dijual dalam tambunan dalam pelbagai corak dan warna.   Bagi wanita yang menaiki motor kali ini yang menarik perhatian saya adalah aksesori lain selain penutup hidung adalah kain labuh yang dipakai ma

VIETNAM LAGI (SIRI II)

Image
Hari kedua kawan saya buat hal lagi silap kunci jam untuk solat subuh.  Pukul 4.15 pagi waktu Vietnam saya dan dia dikejutkan dengan bunyi jam untuk solat subuh.  He he sabor je lah weh.  Akhirnya jam 5.15 pagi saya bangun mandi dan menunaikan solat subuh.  Hampir jam 6.00 pagi hari dah cerah.  Di sini awal sejam. Hari ni kepala terasa pening...aduhai dek kerana lewat tidur dalam kul 12 lebih iaitu jam 1 lebih (pagi) kerana menyiapkan blog VIETNAM LAGI (SIRI 1).  Perlu siapkan juga dibimbangi tertinggal slot-slot atau peristiwa pahit manis. Pukul 8.00 pagi kami turun ke tingkat 1 untuk bersarapan.  Makanan yang boleh kami makan adalah roti kosong dengan air kopi o atau air suam atau air oren serta buah-buahan.  Saya, kakak dan abang ipar bergegas ke Ben Thanh Market untuk menukar baju yang dibeli semalam kepada size yang besar sedikit.  Sempat juga kami membeli beg berharga RM10.00 dan beg manik berharga RM55.00 setelah puas tawar menawar. Kami kemudiannya balik ke hotel dan turun