VIETNAM LAGI (SIRI III)

Hari ini hari ketiga berada di Ho Chin Minh dan merupakan hari terakhir berada di sini.  Saya  terlupa menyatakan bahawa di sini uniknya bila dikaitkan dengan majoriti orang-orangnya menaiki motor adalah HELMET.  Helmetnya agak ringan dan kalau dipakai di Malaysia untuk menaiki motor memang tidak diluluskan kerana tiada ciri keselamatan.  Harganya kalau dalam ringgit malaysia tidak sampai RM10.00.  Wow murah.  Hajat hati nak dapatkannya satu tapi tengok keadaan macamana kerana area Ben Thanh Market tidak ada dijual.  Lazimnya di jual di kaki lima.  Cantik boleh didapati di dalam pelbagai bentuk dan warna.

Seperkara lagi tentang penunggang motor mereka boleh dikatakan memakai penutup hidung.  Saya pernah membeli penutup hidung ini yang dibuat dari kain.  Harga satu RM5.00 sahaja.  Di sini dijual dalam tambunan dalam pelbagai corak dan warna.   Bagi wanita yang menaiki motor kali ini yang menarik perhatian saya adalah aksesori lain selain penutup hidung adalah kain labuh yang dipakai macam apron tetapi labuhnya hingga ke buku lali.  Dipakai menutup paha mengelak dari panas.  Dibelakangnya terbelah. 
Bagi mereka yang membeli belah di pasar malam pastinya akan dilambai dan dipujuk untuk membeli belah di kedai mereka.  Puratanya di sini  masalah komunikasi tidak wujud.  Malah ada yang sangat fasih berbahasa Melayu.  Sama juga penjual di Ben Thanh Market.  Tetapi jaga-jaga bila hendak membeli selipar atau kasut.  Mereka tidak akan menyebut harga selipar atau kasut tetapi sebaliknya menghulurkan kepada pengunjung kerusi kecil dan menyarungkan selipar atau kasut ke kaki pengunjung.  Jadi kalau agak-agak tidak berapa berminat untuk membeli tidak payahlah pandang-pandang dan bertanyakan harga. 

Dari hotel jelas kelihatan penjaja bebas berniaga di kaki lima.  Mereka bebas berniaga.  Ada yang menjual makanan siap letak meja dan kerusi kecil untuk pelanggan.  Pelanggan akan makan di sini.  Memang unik melihat cara hidup dan budaya orang vietnam.  Selain itu kelihatan jualan di kaki lima seperti menjual rokok,  kasut, dan pelbagai jualan.  Adakala semasa dalam perjalanan berhampiran traffic light pun penjual meletakkan jualan mereka. 

Sistem lalulintas pula masyallah rasanya kalau diberi peluang untuk memandu di sini rasanya saya akan angkat kedua tangan..tidak sanggup rasanya.  Bayangkan semalam saja untuk keluar dari simpang van kami diapit oleh dua kenderaan lain di kiri dan kanan berlainan arah.  Kadangkala saya dan lainnya sesekali menjerit kecil terkejut dengan gelagat penunggang motor. 

Beca di sini juga berlainan bentuk.  Tinggi dan hanya boleh memuatkan seorang sahaja penumpang.  saya tidak berkesempatan untuk mencubanya.

Basikal untuk orang kurang upaya juga unik.  Beroda tiga tapi menggunakan tangan dengan mengoyangkan stering (macam stering kereta) untuk menggerakkan basikal tersebut.

Peminta sedekah ada tetapi tidak terlalu memaksa kita.  Sebaliknya kalau kita menghulurkan sesuatu yang lain dari duit seperti air kopi contohnya mereka bersetuju.  Kasihan juga melihat mereka...

Di sini juga sejak beberapa hari, satu yang pasti kami tidak menemui MAK NYAH.  

Sarapan pagi hari ini sama seperti hari sebelum iaitu roti dan butter.  Bubur nasi ada, meehoon dan nasi goreng ada tapi tidak halal. Jadi untuk mengalas perut kami memilih roti kerana itu yang lebih selamat dan buah-buahan.  Sambil makan sambil menikmati instrumental music.  Sungguh nyaman sekali.  Teringat masa kecil-kecil dulu arwah ibu pernah membelikan piring hitam lagu instrumental.  Tiba-tiba kenangan mengusik jiwa.  Kalaulah ibu ada sudah tentu akan saya bawanya makan angin selain menunaikan ibadah umrah bersamanya.  Dan tentu ibu gembira dan bahagia sekiranya di waktu ini ia ada bersama tika ini.  Sesungguhnya walau ke hujung dunia ibu, kamu tetap di hati.  Tidak ramai di dewan makan ni...

Kami bergegas ke Ben Thanh Market untuk membeli belah sebelum kembali ke tanahair bersama PERMATA HATI, kakak dan abang ipar manakala BUAH HATI memilih untuk tinggal di hotel sahaja.  Sempat saya  membeli sepasang kurung harga RM65.00.  Sulaman tangan.  Membeli dalam keadaan tergesa-gesa.  Kemudian kembali ke hotel untuk ke airport.  Ramai petugas hotel  berada di luar hotel untuk mengucapkan selamat jalan dan sudah tentu menunggu tip....

Sampai di airport semuanya berjalan dengan lancar kecuali di bahagian Imigresen agak strict dengan warga Malaysia semuanya kena raba badan.  Manakala waeganegara lain tidak pula hah pelik ni.

Penerbangan lewat hampir setengah jam.  Gate menunggu ditukar dari 17 kepada 9.  Kami sempat minum kopi banyak ais dari air.  Maaf ya BUAH HATI aunty menghabiskan air...

Dalam kapalterbang semasa penerbangan setelah makan nasi lemak (terbaik) saya tertidur sedar tak sedar kapalterbang mahu mendarat.  Lazimnya kalau kapalterbang hendak turun saya akan mengalami sakit di bahagian dahi tetapi kali ini alhamdulillah tiada rasa sedemikian.  Tempoh perjalanan mengambil masa 1 jam 50 minit.

Wah agak jauh juga juga untuk menuju   ke balai ketibaan.  Penatnya.  Nasib baik ada Buggy.  Sempat rasa naik buggy setelah di pelawa petugas airport.  Tiada bayaran dikenakan.

Setelah mengambil beg kami disambut oleh anak saudara.  Masing-masing keletihan dan tertidur dalam perjalanan pulang.  Maka berakhirlah sebuah percutian terindah bersama keluarga.  Ada rezeki tahun depan ke destinasi lain pula jika diizinkan allah. 

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4