Posts

Showing posts from 2019

AGAR-AGAR TEMBIKAI LAICI

Image
Bahan bahan: 1/2 tin laici 1/2 cawan gula Kedua dua bahan ni ditapis. 1/2 cawan TEMBIKAI merah 1 titis pewarna merah Sedikit sirap Blend dan tapis. 10 gram agar-agar serbuk Air (utk sukatan air, sukat laici yg telah di blend dan TEMBIKAI tadi. Utk 10 gram agar-agar serbuk sukatan air adalah 1000 ml air. Tolak dengan jumlah laici dan tembikai blend maka itulah sukatan air utk dimasak bersama agar2). Masak hingga mendidih. Tuang laici yang telah di blend tadi. Bahagi kepada dua. Satu bahagian dituang ke dalam acuan yang telah disusun hirisan laici.  Biarkan suam baru susun hirisan TEMBIKAI di atasnya. Campurkan satu bahagian yang telah dicampur dengan tembikai blend. Sejukkan dalam peti sejuk. Terima kasih kepada Azlina Ina.  Sudi share resepi dalam pinterest.  Cuma saya olah resepi ini sedikit dan saya menggunakan bahan yang sediada di dapur.

AGAR AGAR PEACH

Image
Bahan Bahan 10 gram serbuk AGAR AGAR 1 tin Peach slices 1 tin susu krimer sejat Air 3 sudu makan gula pasir Setitik pewarna kuning telor Cara membuat Susun buah peach dalam bekas. Campurkan syrup peach bersama susu sejat dan masukkan air hingga sukatan bersamaan 1000 ml. Masukkan serbuk agar-agar ke dalam bahan campuran skrip bersama gula. Masak hingga mendidih. Angkat dan tuang ke dalam bekas yang telah disusun dengan buah peach.  Sejukkan. Terimakasih kepada Kami'saya little murahan yang sudi share resepi ini.  Memang sedap.

PUDING KARAMEL PANDAN

Image
Bahan bahan karamel 5 sudu besar gula Carikan gula atas kuali atau periuk hingga perang. Jangan terlalu gelap warnanya. Bahan bahan puding 250 ml susu farm fresh 3 sudu besar gula 1sudu besar pest pandan 2 titis pewarna hijau 2 biji telor ambil keseluruhan 2 biji kuning telor 1 sudu kecil esen vanila Blender keseluruhan bahan Tapis dan tuang ke atas karamel. Kukus selama 30 minit. Kredit kepada Azlina Ina Fans (fb) dan Siti Nafsiah bt Ismail yang sudi share resepi ini.

Pelayaran 1.4.2019 (Pelayaran Islamik)

Image
Hari ini hari terakhir qiamullail dan kali ini tidak diadakan di ruang terbuka kerana hujan.  Namun qiamullail dan solat secara berjemaah tetap diteruskan.  Sebelum menuju untuk qiamullail, kami telah meletakkan bagasi kami di luar pintu kabin. Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Haslin.  Antara intipati: 1. Doa untuk selesaikan hutang. 2. Banyak kan bersyukur kepada Allah swt. 3. Konsisten dalam melakukan ibadah. 4. Pasangan yang soleh. 5. Puji staff. 6. Anak-anak yang soleh Kami berkumpul di Stardust Lounge setelah makan tengahari untuk urusan keluar cruise.  Sebelum itu, kami ke kaunter untuk menyelesaikan pembayaran jika ada.  Kami dikenakan RM30.00 kerana membeli CD Forum Bermuzikal.  Bayaran dalam Ringgit Malaysia. Tidak sabar rasanya.  Kami menunggu arahan dan dibenarkan keluar berperingkat.  Sampai di lobi Port Kelang, kami menuju ruang khas untuk baggage.  Memang tersusun dan kemas cara kerja mereka.  Bag di susun mengikut Deck.  Dan

Pelayaran 31.3.2019 (Pelayaran Islamik)

Image
Hari ketiga berada di cruise dan kali kedua menyertai qiyamullail beratapkan langit dengan tiupan angin sesekali kuat.  Ustaz Muzammil mengetuai qiamullail.  Sementara menunggu waktu subuh beliau mengalunkan surah-surah pendek. Kuliah/tazkirah pula disampaikan Ustaz Haslin.   Pada mulanya tazkirah di ruang solat namun memandangkan cuaca tidak mengizinkan kami semua berpindah ke Deck 12.   Antara yang disampaikan: (1) Jangan berputus asa untuk menjadi baik. (2) Ketakwaan (3) Umur manusia Sebaik-baik manusia, umur panjang, solat tidak tinggal dan hendaklah berbuat baik.  Allah swt akan menguji umatnya bila Allah swt sayang. (4) Susah ingatkan Allah. Amalkan sentiasa dalam keadaan berwuduk untuk mencapai keberkatan. (5) Makan dan minum Perlu ambil.kisah. (6) Berbakti kepada orangtua Layak masuk syurga Berbuat baik dengan ibubapa, pasti anak-anak akan menghormati kita. Rendah diri terhadap orangtua. Seperti biasa selesai tazkirah, kami menuj

Pelayaran 30.3.2019 (Pelayaran Islamik)

Image
Panggilan telefon  mengingatkan kami untuk qiamullail dari krew cruise. Kami sebenarnya telah bangun dan bersiap sedia untuk ke deck 13.  Setelah qiamullail dan solat subuh kami berpindah ke KTV Lounge Deck 12 untuk tazkirah memandangkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.  Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Hafiz yang merujuk: (a) Surah Muzammil       Tentang persiapan da'i - Nabi Muhammad saw pernah dituduh tukang sihir.  Nabi Muhammad saw sangat sedih dengan tohmahan.  Surah ini turun di mana Allah mengajar tarbiah kepada Nabi Muhammad saw bangun pada waktu malam bermunajat. (b) Surah Al Insan            Bersujud kepada Allah - Qiamullail (c) Surah Al Israk     - Tahajjud. Antara kelebihan: - Kedudukan terpuji di dunia dan akhirat. - Allah akan memberikan tempat/posisi yang benar. - Keluar dari segala masalah - Pertolongan yang besar dari Allah Taala. Setelah selesai tazkirah, saya dan kakak ke Mariners Restaurant di Deck 09.  Pagi ni s