Pelayaran 30.3.2019 (Pelayaran Islamik)

Panggilan telefon  mengingatkan kami untuk qiamullail dari krew cruise. Kami sebenarnya telah bangun dan bersiap sedia untuk ke deck 13.  Setelah qiamullail dan solat subuh kami berpindah ke KTV Lounge Deck 12 untuk tazkirah memandangkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.  Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Hafiz yang merujuk:
(a) Surah Muzammil

      Tentang persiapan da'i - Nabi Muhammad saw pernah dituduh tukang sihir.  Nabi Muhammad saw sangat sedih dengan tohmahan.  Surah ini turun di mana Allah mengajar tarbiah kepada Nabi Muhammad saw bangun pada waktu malam bermunajat.

(b) Surah Al Insan
           Bersujud kepada Allah - Qiamullail

(c) Surah Al Israk     - Tahajjud.


Antara kelebihan:

- Kedudukan terpuji di dunia dan akhirat.
- Allah akan memberikan tempat/posisi yang benar.
- Keluar dari segala masalah
- Pertolongan yang besar dari Allah Taala.



Setelah selesai tazkirah, saya dan kakak ke Mariners Restaurant di Deck 09.  Pagi ni saya pilih mee goreng, sambal sotong dan kentang goreng.  


Sementara menunggu acara berikutnya kami berdua bergambar.  Pihak cruise menyediakan aktiviti senaman,  Kami berhasrat untuk menyertainya tetapi setelah sampai di lokasi, tiada lagi peserta dan melihat ke langit awan mendung kami berdua bergegas masuk ke dalam deck serta memulakan sessi bergambar.




Kami kemudian ke kabin bersiap. Tepat jam 10.00 kami semua berkumpul di Stardust Lounge deck 10 untuk mengikuti Forum Bermuzikal.  Uniknya forum ini bukan bentuk forum biasa-biasa.  Kami bebas memilih tempat duduk berdasarkan keselesaan. Kumpulan Raihan memulakan acara dengan bacaan al quran oleh Ustaz iaitu qariah dari Acheh, sungguh lunak suaranya diikuti dengan  nasyid, seterusnya ceramah oleh Ustaz Haslin dan Ustaz Hafiz berdasarkan surah yang dibaca oleh Qari dan nasyid yang disampaikan oleh kumpulan Raihan. Antaranya yang dapat dikongsikan ialah:

(1) Setiap apa jua pekerjaan yang  kita lakukan hendaklah dimulai dengan ucapan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM dan disudahi dengan ALHAMDULILLAH (syukur dan redha terhadap Allah). Sesiapa yang bersyukur Allah akan tambah nikmat.  Rujuk Surah Ibrahim ayat 6 dan 7.     مٌ

(2) Tentang sikap manusia di mana apabila ia mendapat nikmat, ia merasakan dirinya dimuliakan.  

(3) Setiap orang akan diuji. Sesiapa yang Allah swt hendak uji untuk menjadi baik, kena redha dan sabar. Rujuk Surah Al Baqarah.

(4) Allah swt bersama orang yang sabar. Rujuk surah Al Baqarah ayat 153.

(5) Takwa
Takut Allah swt.
Beramal dengan apa yang diperintahkan nya.
Banyakkan sedekah (bekalan untuk hari esok).  Rujuk Surah Al A'raaf ayat 96:

Takwa yang tertinggi adalah orang yang sentiasa berfikir sesuatu yang selamat mahupun sebaliknya.

Persembahan yang penuh dengan pengisian.



Setelah itu kami makan tengahari dan menunaikan solat Zohor dan Asar (Jama') di kabin masing-masing.  Jam 2.30 petang kami beratur di deck 10 untuk proses pengagihan sticker untuk ke Phuket.  Kami beratur keluar mengikut tanda arah menuju Deck paling bawa dengan menggunakan tangga.  Disetiap aras deck ditunggu krew cruise. Boat cruise telah bersedia menunggu kami.  Kami dibenarkan masuk ke dalam bot mengikut had muatan yang dibenarkan.  Ini melibatkan 1000 penumpang tetapi istimewanya peserta pelayaran islamik diberi keluar terlebih dahulu dari penumpang lain.


Saya rasa berdebar memikirkan cara pemindahan dari cruise ke boat untuk ke Phuket. Teringat saya kisah lalu sewaktu saya diarahkan ke Pulau Tioman berkaitan dengan lawatan Perdana Menteri.  Dari jeti Tanjung Gemuk saya menaiki boat jabatan laut.  Kemudian dipindahkan ke kapal Jabatan Laut.  Pemindahan dilakukan di tengah lautan.  Untuk ke kapal perlu menaiki tangga bulat.  Kalau ikutkan hati saya ingin berpatah balik.  Tetapi kerana tugas hasrat itu berkubur.

Alhamdulillah, seperti di dalam gambar di bawah itulah tangga turun ke boat cruise.  Lega rasa.


Inilah suasana di dalam boat tersebut. Keselamatan diutamakan.  Tiada lebihan penumpang.

Inilah jeti tempat boat mengambil dan menghantar penumpang dari cruise ke Phuket dan dari Phuket ke Cruise. Airnya jernih.

Kelihatan dari boat apartment sewaktu menuju ke daratan.



Dari Patong Beach kami dipecah kepada beberapa kumpulan kecil.  Saya dan kakak termasuk tanpa sengaja dalam kumpulan Syarikat.  Van ini adalah van VVIP yang membawa CEO syarikat.  Hanya Allah swt yang tahu apa yang bermain di fikiran.  Agak lega sedikit apabila CEO tersebut ramah. Tempat persinggahan kami pertama adalah pusat barangan seafood.  Di sini pelbagai barangan seperti cashew nut dengan pelbagai rasa, dodol dan sebagainya.  Dijamin halal.  Terdapat ruangan non halal di sini, walaubagaimanapun  pekerja nya akan memastikan kita tidak tersalah ambil.


Berikutnya tempat persinggahan kedua iaitu tempat cenderahati seperti tshirt, bag, key chain dan sebagainya.  Sempat beli sedikit cenderahati.

Sementara menunggu yang lain membeli belah, saya terpandang wiring berselirat.  Lantas saya rasa sistem wiring negara kita yang kemas dan selamat.

Kami kemudian menuju ke Masjid Madinah.  Briefing diberikan oleh CEO Pelayaran Islamik sebelum berarak ke Masjid.

Inilah masjid Madinah yang baru siap hasil sumbangan daripada alumni PELAYARAN ISLAMIK.

Kami disambut oleh penduduk setempat.  Di pintu masuk sebelah kiri jemaah lelaki berbaris menyambut kaum lelaki manakala di sebelah kanan pintu pagar penduduk wanita termasuk anak yatim berbaris menyambut kaum wanita.

Ini adalah lauk pauk yang dimasak secara gotong royong di kalangan penduduk setempat.  Tom yam, kari daging, kerabu mangga, udang celop tepung dan ayam goreng.  Nasi diletakkan dalam plastik panas-panas.  Apabila hendak makan nasi tersebut diletakkan ke dalam pinggan berdasarkan kuantiti banyak atau sikit.


Kelihatan Ustaz Muzammil mengalunkan ayat suci Al Quran.


Kami solat maghrib dan Isyak berjemaah di ruang solat di tingkat atas.  Selesai solat kami bergegas turun ke ruang makan.  Majlis disambung dengan persembahan anak anak yatim.


Kumpulan Raihan turut mengadakan persembahan diikuti penyampaian derma kepada pihak masjid.

Kami beredar meninggalkan Masjid Madinah dengan seribu kenangan.  Terbayang wajah ikhlas yang menghantar kami di pintu pagar.  Walaupun komunikasi terbatas tapi terasa seperti sudah lama mengenali mereka.  Dalam perjalanan pulang menuju ke jeti kami ditunjukkan rumah mewah dimiliki seorang terkaya di Phuket, kawasan di mana Thunami pernah melanda, pusat membeli belah yang besar, laluan di kedai-kedai seperti macam berada di bandar Melaka pula rasanya.  Sebaik sampai jeti kami terus berjalan menuju untuk menaiki bot untuk balik ke cruise  Alhamdulillah selesai aktiviti untuk hari ini.  Sebaik sampai ke Cruise saya dapat rasakan cruise mula bergerak meninggalkan jeti.  Untuk makluman kami adalah di antara penumpang boat terakhir.

Ikuti siri berikutnya yang pastinya amat menarik untuk saya kongsi kan bersama.

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4