Bandung 3.1.2019

Inilah Jadul Village tempat penginapan kami.  Lokasinya di Lembang.  Di kawasan pergunungan.  Suhunya dingin sekali.  

Bahagian depan chalet.  Pintu dan tingkap dua lapis.

Bilik Air dengan keunikan bath tub.  Bagi yang selesa dengan shower disediakan ruang bersebelahan dan tandas di satu ruang yang lain.

Bahagian depan chalet

Ruang tidur

Bahagian sisi ke Bilik Air (dari luar) lanskap yang menarik dengan pokok yang segar menghijau. 

Bahagian depan Chalet disediakan kerusi dan meja.

Di sini kami minum pagi.  Ruang yang luas dan terbuka.

Di restoran (dipamirkan setereka lama dalam pelbagai warna,)

Di restoran

Hiasan di Restoran

Sinki dengan hiasan piring di dinding

Almari lama dijadikan hiasan di Restoran

Padi ditanam di kawasan persekitaran

Sempat bergambar di hadapan salah satu chalet.  Yang menariknya setiap chalet reka bentuknya tidak sama.  Lihatlah seperti gambar di bawah yang sempat saya ambil sebahagian.






Saya sempat berehat sebentar di pondok yang diletakkan tilam dan ditutupi dengan kain putih setelah puas meninjau kawasan persekitaran .  Pondok ini terletak di padang.

Ha ha nak boleh bergambar di tengah-tengah tu, saya menguji dulu kuat ke tak kuat kayu tu.....cantik dengan pokok kiambang...

Inilah lobi 


Bergambar kenangan di pintu masuk penginapan.

Antara lanskap yang terdapat di Jadual Village


Kami kemudian check out.  Destinasi kami seterusnya Dusun Bamboo. Lokasinya di Lembang. Berada di kaki gunung Merangsang dan terletak tidak jauh dengan Gunung Tangkuban Perahu.  Udaranya segar serta pemandangan indah. Dalam perjalanan menuju ke Dusun Bambu
terdapat nurseri di kiri kanan jalan.


Kelihatan  masjid

Nah inilah Dusun Bamboo. 

Pemandangan di pintu masuk

Dikenakan bayaran masuk.  

Kami tidak ke Lutung Kesarung iaitu tempat makan seperti sangkar burung yang terletak dipohon.  




Taman bunga yang terletak tidak jauh dgn tempat makan.




Saya mencuba Es Lilin.  Tanya teman Bandung, ia tidak dapat menerangkan dengan jelas..katanya cuba rasa...Oleh kerana perasaan ingin tahu, saya dan anak saudara mencuba.... Hmmm rupa rupanya aiskrim.

Salah satu tempat menarik untuk bergambar.


Ini adalah pemandangan yang agak menarik.  Di belakang tu adalah chalet.


Restoran yang cantik dengan tempat berehat.  Disediakan kemudahan seperti bilik solat dan tandas.




Antara makanan tengahari..ikut citarasa masing masing.  Sambil makan kami berbincang destinasi kami seterusnya.  Kami memutuskan untuk ke Farm House Susu Lembang. Rekabentuk seperti ala-ala Eropah.  Jangan lupa, setiap pengunjung boleh mendapatkan pokok bunga di pintu keluar dengan menunjukkan tiket masuk tadi.

Ini pintu masuk ke Hobbit House.

Terdapat gerai kecil jualan kraf di bahagian luar.

Akar kayu digunakan sebagai dekorasi. 


Kostum Belanda boleh disewa untuk bergambar.  

Antara kedai cenderahati yang harganya berpatutan.

Kedai cenderahati lagi.


Mini zoo pun ada.

Di bawah adalah rumah hobbit.  Kecil-kecil dan comel.



Sempat bergambar dengan kakak di pintu masuk salah satu rumah hobbit.










Di bawah, gambar bersama maskot yang ternyata letih tetapi apabila melihat kami, terus beraksi pelbagai gaya.



Teman Bandung kami akhirnya membawa kami ke Taman Alun-Aluan.  Cuma saya tidak dapat merakam gambar kerana gelap.  Satu yang saya perasan, taman ini dan juga seperti di Jakarta, penduduk berkumpul samada dengan teman atau dengan keluarga.  Membuat kumpulan masing-masing bersembang dengan duduk di atas rumput.  Kasut atau selipar diletakkan di tepi padang. Tepat jam 10 malam padang ini akan ditutup.

Ini adalah masjid besar Bandung.


Di kawasan persekitaran

Tiba tiba terdengar bunyi jeritan di seberang jalan dalam cahaya yang suram, kelihatan kelibat putih.  Yang mengusik pengunjung melalui jalan tersebut.  Seram juga bukan satu lembaga putih tetapi banyak.  Kami hanya melihat dari seberang jalan sahaja. Selesai kami pulang ke penginapan.

Ikuti siri saya seterusnya.






Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4