BANDUNG 2.1.2019
Percutian kali ini atas memenuhi permintaan Buah Hati yang begitu beria-ia membawa saya dan ibunya bercuti. Kami pergi sendiri tanpa melalui agensi perlancongan. Ini merupakan trip kali ketiga kalinya ke Bandung. Berdebar juga hati untuk bercuti dengan pelbagai kejadian yang menimpa di sana dengan kejadian di Palu, gunung berapi anak krakatoa meletus dan Tsunami.
Kami ke airport dengan menaiki kenderaan sendiri yang kami parking di Airport. Setelah selesai urusan check in luggage, kami sarapan pagi sementara menunggu boarding time.
Sempat kami sarapan pagi di Airport.
Kami kemudiannya menaiki kapalterbang jam 12.05 tengahari. Dalam kapalterbang kami dihidangkan air mineral diikuti dengan Jus, pizza serta kek.
Sampai di Hussein Tatanegara Airport jam 1.20 petang waktu Indonesia. Ternyata airport ini telah diubahsuai. Ruang mengambil luggage telah besar berbanding dulu. Lebih selesa. Kami dijemput kenalan di sana iaitu Aeb. Beliau membawa kami ke kedai Ayam Penyet Surabaya yang menjadi kegemaran saya. Kali pertama dibawa merasai Nasi Ayam Penyet ini 2 tahun lepas. Memang sedap.
Dalam perjalanan kelihatan:
Monumen
Kelihatan kanak kanak sekolah. Mereka memakai kasut converse berwarna hitam.
KFC pun ada
Kenderaan awam yang dikenali sebagai angkutan kota
Beca yang agak unik.
Jualan makanan ringan di bahu jalan.
Jualan rambut palsu
Jualan buah-buahan
Jualan pakaian di kaki lima
Kami melewati Pasar Baru Trade Centre.
Bersebelahan dengan Pasar Baru Trade Centre adalah Pasar Baru Heritage.
Kedai menjual plat
Jualan di kaki lima iaitu bingkai cermin mata..difahamkan ianya original. Dan jualan remote
Jualan makanan ringan di kaki lima dan bahu jalan
Inilah kedai Ayam Penyet Surabaya yang dimaksudkan. Tiada perubahan ketara. Masih sama seperti dulu.
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah sedap. Ayamnya rangup. Kegemaran saya termasuk terung berlada. Wow!
Kami dibawa terus ke Floating Market Lembang. Lokasinya di pusat kota Lembang. Harga Tiket Rp20000 seorang manakala parking kereta Rp30000. Kami meneruskan perjalanan. Di sepanjang perjalanan kelihatan:
Masjid berhampiran kedai Ayam Penyet
Jualan lukisan di kaki lima. Menurut Aeb di kampungnya semuanya pandai melukis. Dan ia merupakan mata pencarian bagi penduduk kampungnya.
Mural
Jualan lukisan di kaki lima.
Di dalam kawasan Floating Market terdapat beberapa permainan seperti Kota Mini (spt Kidzania), Sampan, Paddle Boat, Taman Miniatur Keretapi dan banyak lagi yang semuanya dikenakan bayaran. Hujan mulai turun. Kami melewati gerai cenderahati.
Bergambar kenangan bersama kakak di depan perahu yang sarat dengan buah-buahan
Satu yang menarik di sini Onde-onde atau Buah Melaka turut di masak dan di jual panas-panas. Sedap. Tetapi untuk membeli perlu tukar dalam bentuk token. Sebaik-baiknya tukar dalam jumlah yang perlu sahaja kerana tiada lebihan wang akan dipulangkan.
Perahu jualan makanan disusun di sebelah kiri pengunjung manakala di sebelah kanan di letakkan kerusi meja untuk pengunjung menikmati makanan.
Padi ditanam mengindahkan lagi panorama
Kreativiti menarik
Yang ini bilik air..airnya sejuk sekali.
Kota Mini seperti Kidzania. Kami melihat dari luar sahaja.
Mini GiftShop..seperti di negara barat pulak
Rumah kaca..cantik. Berehat sebentar kerana hujan makin lebat
Sempat bergambar sebelum keluar
Sebelum dihantar ke penginapan, kami dibawa Aeb makan jagung bakar di warung di tepi jalan. Sedap pula pekena air panas kerana cuaca sejuk.
Jagung bakar
Gerai yang dimaksudkan
Menu
Kami sempat memesan nasi goreng untuk dibawa ke penginapan. Memang sedap...tapi rasa keletihan dan mengantuk itu semakin memuncak. Bilalah agaknya dapat berehat...
Sampai di penginapan, masyaallah sejuknya, nasib baik saya dan yang lain bawa baju sejuk sebab sebelum ke mari saya telah check cuaca di sini. Buah Hati daftar kemasukan di kaunter manakala saya dan kakak menunggu di lobi sambil memerhati ruang dan susun atur. Memang unik dan menarik.
Ikuti sambungan untuk cerita hari esoknya....penat sangat ni.
Comments
Post a Comment