Pelayaran 31.3.2019 (Pelayaran Islamik)


Hari ketiga berada di cruise dan kali kedua menyertai qiyamullail beratapkan langit dengan tiupan angin sesekali kuat.  Ustaz Muzammil mengetuai qiamullail.  Sementara menunggu waktu subuh beliau mengalunkan surah-surah pendek.

Kuliah/tazkirah pula disampaikan Ustaz Haslin.   Pada mulanya tazkirah di ruang solat namun memandangkan cuaca tidak mengizinkan kami semua berpindah ke Deck 12.  

Antara yang disampaikan:

(1) Jangan berputus asa untuk menjadi baik.
(2) Ketakwaan
(3) Umur manusia
Sebaik-baik manusia, umur panjang, solat tidak tinggal dan hendaklah berbuat baik.  Allah swt akan menguji umatnya bila Allah swt sayang.
(4) Susah ingatkan Allah.
Amalkan sentiasa dalam keadaan berwuduk untuk mencapai keberkatan.
(5) Makan dan minum
Perlu ambil.kisah.
(6) Berbakti kepada orangtua
Layak masuk syurga
Berbuat baik dengan ibubapa, pasti anak-anak akan menghormati kita.
Rendah diri terhadap orangtua.



Seperti biasa selesai tazkirah, kami menuju Mariners Restaurant utk sarapan pagi.

Ini adalah ruang makan.

Meninjau keluar ternyata kami telah sampai ke Pulau Pinang.  Dalam jam 10 pagi kami berdua ke Deck 9 untuk mengambil pasport tujuan untuk tujuan cop pasport.  Kami kemudian berkumpul di Stardust Lounge Deck 10 untuk beratur keluar ke Pulau Pinang.  Kami dibenarkan untuk berjalan-jalan di Pulau Pinang (Aktiviti bebas,) dan wajib pulang semula ke Cruise sebelum jam 6.00 petang.  Kami berdua memilih untuk tidak mengambil kesempatan itu.  Namun tetap perlu melalui proses cop pasport di Immigresen (wajib). Sempat beli sedikit cenderahati di sini iaitu di kompleks Immigresen.  Kelihatan beberapa kedai seperti menjual kopi Penang (difahamkan tidak halal), kedai cenderahati dan kedai baju.  Kami terus kembali ke Cruise.


Memandangkan inilah peluang yang ada, kami mengambil gambar sebagai kenang-,kenangan.




Jakuzzi pun ada.

Pemandangan yang diambil dari Cruise - Bandar Pulau Pinang.

Bangunan yang atap berwarna biru adalah tempat feri mengambil dan menghantar penumpang.  Suatu waktu dahulu saya pernah menaiki feri tersebut dan pernah terpandang Cruise berlabuh seperti sekarang ini.  Masa tu pernah terdetik di hati ingin merasai menaiki cruise.  Alhamdulillah impian tercapai.

Gambar ini diambil di dalam cruise.

Ini adalah di bahagian atas Cruise dan di bahagian belakang.  Terdapat kolam renang. Aktiviti seperti sukanika diadakan di sini. 



Setelah solat Maghrib dan Isyak berjemaah, kami berdua bergegas ke Bella Vista Restaurant di Deck 9 untuk menghadiri majlis makan malam "Jubah Night".  Konsert oleh kumpulan Raihan. Majlis makan malam ini istimewa dan tertutup hanya untuk peserta program.  Ustaz Haslin pun turut menyumbangkan beberapa lagu nasyid.  Acara membida hamper dan lukisan, kejutan harijadi serta CEO Pelayaran Islamik memperkenalkan semua anak kapal yang terlibat dengan pelayaran kali ini.

Kami berdua sempat bergambar dengan CEO Pelayaran Islamik.

Sessi bergambar bersama Asatizah



Ikuti siri akhir saya...

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4